PETALING JAYA: Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melantik bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kesederhaan Global (GMM) menimbulkan tanda tanya.
Meskipun tidak memegang sebarang jawatan dalam parti parti Islam itu, dia masih menjadi ahli Pas dan dikatakan masih mempunyai hubungan yang rapat dengan Mursyidul Am, Datuk Haron Din dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?,” soal bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Dia yang mempersoalkan pelantikan itu dan menyifatkannya laluan awal kerjasama antara Pas dan UMNO.
Bagaimanapun, pelantikan yang dibuat Najib itu dipertikainya.
Menulis menerusi blognya di shahbudindotcom.blogspot.com, Shahbudin turut menyindir ahli UMNO yang setia berjuang mempertahankan Najib dan parti namun tidak diberi sebarang ganjaran oleh Perdana Menteri.
“Kasihan juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?
“Mereka berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang “baju hijau” juga dapat habuan.
“Kepada pejuang-pejuang setia UMNO yang tidak dapat apa-apa, redha sajalah dengan semua ini dan marilah bersama melaungkan “Hidup UMNO” dan “Hidup Najib” sebagai meraikan perlantikan Nasharuddin itu,” sindirnya.
-fmt-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan