KOTA BHARU: Selepas tersebarnya aksi mengejutkan sekumpulan remaja perempuan bergaduh dan memukul seorang individu semalam, satu lagi video yang sama dimuat naikkan dalam laman sosial.
Video berdurasi 2.50 saat itu dikatakan sambungan daripada rakaman terdahulu yang menyebabkan polis mengambil tindakan segera dengan menangkap tiga orang dan memburu dua lagi suspek dalam kejadian.
Lebih mengejutkan rakaman itu memaparkan aksi yang lebih ganas dengan kumpulan terbabit menerajang bahagian sulit perempuan terbabit selain mendedahkan beberapa bahagian anggota badannya.
Rakaman itu dengan jelas menyatakan pergaduhan itu mempunyai kaitan dengan lelaki dan dakwaan penipuan.
Sejak kelmarin video pertama berdurasi lima minit itu menjadi viral di laman sosial.
Suspek utama, seorang usahawan kosmetik online berusia 27 tahun ditahan Isnin lalu dikawasan perumahan Padang Tembak, Pengakalan Chepa.
Berita terkini dan video penuh kes wanita atau gadis gaduh di Bachok Kelantan Part 3 trending dilaman sosial. Susulan penyebaran video part 1 dan part 2 menerusi laman sosial, rata-rata pengguna laman sosial mencari sambungan bahagian part 3. Untuk info, sambungan kes pergaduhan part 3 adalah sangat mengaibkan mangsa dan tidak sesuai untuk tontonan bawah umum. Terdahulu, seorang wanita berusia 20an telah ditahan pihak Polis susulan memukul seorang mangsa. Dalam rakaman video terbabit, mangsa dipukul dengan teruk dan diaibkan ditempat terbuka. Difahamkan motif pergaduhan adalah disebabkan cemburu buta.
Punca Pergaduhan Wanita Di Bachok Kelantan Tersebar
Media sebelum ini menyebarkan punca pergaduhan susulan penipuan mangsa dalam perniagaan online. Namun, saksi kenalan rapat mangsa dilaman sosial menafikan pergaduhan akibat penipuan peniagaan online. Saksi menyatakan pergaduhan disebabkan cemburu buta. Difahamkan, teman lelaki suspek telah mempunyai hubungan dengan mangsa selepas mereka berpisah. Info tambahan, teman lelaki suspek adalah anak golongan berada. – Sinar Harian
Kemaskini:
KOTA BHARU: Dua suspek dipercayai perakam video membelasah seorang wanita berusia 22 tahun yang menjadi viral di laman sosial Facebook, dikenakan perintah reman selama empat hari di mahkamah, hari ini.
Perintah dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah, terhadap kedua-dua suspek wanita berusia 20-an terbabit, sementara reman terhadap suspek utama berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Ika dilanjutkan tiga hari lagi oleh pendaftar sama.
Dua suspek perakam aksi ganas tersebut ditahan di rumah masing-masing di Pengkalan Chepa dan Wakaf Mek Zainab, antara jam 3 dan 4 pagi, kelmarin. Ika pula ditahan tiga hari lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan perintah reman berkenaan, manakala usaha mengesah dua lagi suspek dikenali Nija dan Mokbiey, 20-an diteruskan. Mereka dipercayai individu yang merakam dan membelasah mangsa.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana memukul orang,” katanya.
Beberapa versi video mangsa dibelasah suspek menjadi viral di laman sosial selepas insiden itu dirakam dan disebarkan kumpulan wanita terbabit, sejak beberapa hari lalu.
Kejadian berlaku dipercayai mangsa yang dituduh mencuri barang kemas seorang daripada suspek, tuduhan mengadakan hubungan sulit dengan suami serta bekas tunang suspek yang terlibat.
Selain dibelasah dan dimalukan dengan bajunya diselak hingga menampakkan bahagian dada, kumpulan wanita itu turut didakwa melarikan mangsa ke Terengganu menggunakan sebuah kereta serta memukulnya dengan menggunakan pengunci stereng lapor Sinar Harian.
-malaysianreview-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan