"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IBU KECEWA GAGAL BERI SUSU BADAN TERJUN TINGKAT 26

susu badan
Mangsa pernah mengadu susah memberi susu badan, kata suami. — Foto fail
KUALA LUMPUR, 26 Okt: Seorang ibu yang dikatakan kecewa kerana gagal memberikan susu badan kepada bayinya yang baru lahir nekad terjun dari tingkat 26 pangsapuri kediamannya di Bangsar South pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Sharul Othman Mansor berkata mangsa—seorang akauntan berusia 30 tahun—sebelum itu mengarahkan pembantu rumah mengambil bayi mangsa berusia 10 hari untuk diberikan susu di dalam bilik.

“Sebaik selesai memberikan susu botol, pembantu rumah terkejut apabila mendapati majikannya tiada di dalam rumah.

“Usaha mencari majikannya itu di sekitar kawasan rumah gagal sebelum pengawal keselamatan memberitahu menemui mayat seorang wanita yang dipercayai terjatuh,” katanya kepada akhbar Harian Metro.

Sharul dilaporkan berkata, suami mangsa yang berusia sekitar 40-an ada memberitahu, isterinya pernah mengadu susah hati tidak dapat menyusukan badan.

“Mangsa juga ada memberitahu suaminya, dia berasa bosan dan tertekan berada di rumah kerana tiada kerja boleh dilakukannya,” kata Sharul. – TMMO

Tiada ulasan: