Seorang jururawat di New York diarah menyerahkan lesen kerjaya kejururawatannya setelah didapati bersalah telah merakam foto dan video sejumlah pesakit termasuk gambar batang zakar mereka.
Menurut laman Huffington Post, Kristen Johnson, jururawat penyelia Amerika Syarikat berusia 27 tahun ini, mengambil gambar pegun dan visual video dengan menggunakan gajet iPhone5 miliknya pada 2014 lalu.
Ketika itu, dia malah dikatakan selamba sahaja tanpa perasaan malu merakamkan sejumlah foto dengan memaparkan objek kemaluan lelaki salah seorang pesakit yang lumpuh menerusi telefon pintarnya itu.
Bekas jururawat ini juga didapati berjaya mengambil video saat seorang pesakit perempuan sedang dibersihkan tubuh badannya dalam keadaan telanjang bulat dan terpaksa dirawat akibat mengalami masalah pendarahan.
Kristen kemudian berkongsi dengan menyebarkan foto dan video eksklusif itu kepada ramai jururawat lainnya dan susulan perbuatannya dikesan, pihak berkuasa segera menangkap wanita ini pada bulan Mei tahun lalu.
Kes ini disiasat selama sembilan bulan oleh Jabatan Pendidikan Negeri New York kerana ia berlaku di hospital Upstate University di Syracuse yang merupakan pusat pengajian tinggi terkenal untuk penuntut perubatan.
Dia kemudian mengaku bersalah dan digantung tugas sementara pada November 2015 kerana perbuatannya itu dianggap amat jelas melanggar undang-undang kerjaya profesional sebagai jururawat bertauliah tempatan.
Namun Kristen yang berasal dari Fulton dekat sini diarah menjalani tempoh masa pemerhatian selama tiga tahun untuk kesalahannya itu sebelum dia kemudian telah pun menyerahkan lesen akreditasi kerjanya baru-baru ini.
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan