"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doakan kesembuhan buat Mohamed Hanipa dan Asmun - S/A Amanah

MALAYSIA DATELINE
(kiri)  Mohamed Hanipa Maidin berada di HKL dan (kanan) Asmuni Awi di IJN.
(kiri) Mohamed Hanipa Maidin berada di HKL dan (kanan) Asmuni Awi di IJN.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir memohon seluruh kepimpinan Amanah mendoakan kesembuhan kepada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin yang dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dan dipindahkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, Mohamed Hanipa adalah salah seorang Anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang sangat komited dalam parti dan aktif mengambil bahagian dalam setiap perbahasan di Dewan Rakyat.

Mohd Anuar juga memaklumkan selain Mohamed Hanipa, seorang lagi Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah iaitu Bendahari Agung, Asmuni Awi juga kini berada di IJN selepas melalui pembedahan pintasan jantung beberapa hari lalu.

"Seluruh kepimpinan Amanah mengharapkan mereka segera sembuh dan boleh kembali berkhidmat seperti biasa. Kepada seluruh ahli dan penyokong Amanah, ambilah sedikit masa untuk turut sama mendoakan kesihatan mereka." ujarnya dalam satu kenyataan malam ini.

---------------------

Mohamed Hanipa selamat selepas tiga jam dibedah
ARIF ATAN
Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.
Presiden dan Timbalan Presiden Amanah antara yang terawal tiba di HKL untuk mengetahui status pembedahan Hanipa malam tadi.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin selamat menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12.50 tengah malam tadi.

Pembedahan bermula jam 9.45 malam dan berakhir kira-kira tiga jam selepas itu.

Hanipa yang mengalami pendarahan di kepala menjalani rawatan di Bahagian Neurologi.

Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub antara pemimpin yang terawal menziarahi beliau untuk mengetahui perkembangan terkini Pengerusi Kanun Amanah Nasional itu.

Turut hadir malam tadi ialah Ahli Jawatankuasa Amanah, Dr Hatta Ramli dan Dr Mujahid Yusof dan Penolong Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

Antara pemimpin PKR yang hadir ialah Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin serta Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Selain itu, bekas Exco DAP kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu serta beberapa wakil rakyat Amanah dan DAP juga hadir.

Mohamed Hanipa  kin berada di wad neurologi di HKL selepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.
Mohamed Hanipa kin berada di wad neurologi di HKL selepas selamat menjalani pembedahan malam tadi.
Dalam hal berkaitan, Timbalan Pengerusi Amanah merangkap Timbalan Ketua Amanah Batu, Tarmizi Mat Jam berkata, beliau bersama Ketua Amanah Batu, Ishak Surin dan Bendahari, Khairul Salleh Ishak meninggalkan ruang legar bilik bedah neurologi pukul 1.35 pagi tadi.

"Pendarahan beku di kepala sudah dibuang. Ramai pihak yang datang dan menanti keputusan pembedahan tersebut," ujarnya yang juga bekas editor akhbar rasmi Harakah.

Dimaklumkan kira-kira pukul 1.45 pagi tadi, Hanipa telah dipindahkan ke wad ICU neurologi dan hanya isteri beliau sahaja dibenarkan masuK.

Semalam Mohamad Hanipa dikejarkan ke hospital kira-kira jam 5.30 petang apabila beliau telah pengsan sewaktu persidangan Dewan Rakyat.

Beliau kemudian dibawa dengan kerusi roda ke klinik Parlimen dan dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Tiada ulasan: