"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


TMJ dedah rancangan 'orang-orang besar'

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa terdapat usaha di laman sosial untuk melaga-lagakan rakyat bagi mengalihkan perhatian terhadap isu-isu lebih besar dalam negara.

Dakwanya, ia dilaksanakan oleh sesetengah “organisasi yang mempunyai kuasa” dengan mengupah aktiviti itu supaya rakyat sibuk dengan hal lain dan “misi” mereka tidak disedari.

“Rakyat kena pandai menilai sendiri,” katanya.

Beliau mendedahkan, kedudukan beliau membolehkannya melihat dan mendengar dengan mata dan telinga sendiri berhubung rancangan “orang-orang besar” dan organisasi yang tidak akan dapat diketahui rakyat.

“Sebagai contoh, saya pernah mempersoalkan kepada seseorang individu (tidak menyebut nama individu tersebut) kenapa kita tidak boleh meningkatkan lagi taraf pelajaran, beliau menyatakan kepada saya kerana ada dua fakta.

“Fakta pertama adalah untuk mendapatkan undi dan yang kedua adalah lebih mudah untuk mengawal pemikiran orang yang bodoh dan tanpa berpelajaran,” katanya dalam wawancara disiarkan di Facebook pasukan bola sepak negeri.

Beliau berkata demikian ketika berkata ditanya berkaitan media yang membesar-besarkan cerita individu yang didakwa menghina beliau di Internet, bagi menghangatkan suasana.

Menjawab soalan itu, TMJ berkata beliau tidak peduli apa orang kata dan tiada masa melayan pihak sebegitu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: