"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

PAS 'makan keliling' tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai kata Mahfuz Omar

MALAYSIA DATELINE
Strategi Pas yang cuba 'makan keliling' akan menyebabkan parti Islam itu dianggap sebagai parti yang oportunis, tidak berprinsip dan tidak boleh dipercayai, kata ahli parlimen Pokok Sena dari Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, rakyat dan ahli Pas akan menjarakkan diri daripada parti itu apabila menyedari Pas hanya mahukan undi mereka untuk dijadikan 'alat tawar menawar' dengan mana-mana pakatan politik yang menang.

"Saya juga merasakan baik BN mahu pun blok pembangkang Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia setelah memperhalusi pengumuman 'strategi' dari Pas ini, tidak terlalu naif untuk merelakan diri mereka berada pada posisi lemah untuk bergantung kepada Pas bagi membentuk kerajaan.

"Budaya politik tak tentu hala Pas sudah pasti akan dijadikan panduan kepada kedua-dua blok politik untuk menentukan apakah sikap mereka terhadap Pas dalam menghadapi PRU14," kata Mahfuz dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan terbaru Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki bahawa Pas bersedia membentuk gabungan dengan mana-mana parti lain termasuk Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan campuran selepas pilihan raya umum ke-14.

Kenyataan itu kemudiannya disokong oleh Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Mahfodz berkata, ketika ini Pas bersendirian dan hanya bekerjasama dengan Parti Ikatan Malaysia (Ikatan) dalam blok ketiga pembangkang.

Oleh itu katanya, jika gabungan itu menguntungkan Pas dalam keputusan PRU14, parti itu boleh membentuk kerajaan dengan parti lain termasuk BN.

Mahfuz berkata, kenyataan terbaru ini merupakan lanjutan dari kenyataan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 3 Disember lalu di Masjid Pengadang Baru Kuala Terengganu yang bernada sama dengan kenyataan Mohd Zuhdi dan menimbulkan persoalan besar di minda rakyat yang semakin hari semakin tidak jelas hala tuju Pas yang pernah dianggap parti pembangkang utama di Malaysia.

"Dengan pengumuman sedemikian secara tidak langsung menunjukkan Pas telah mengakui bahawa ia bukan lagi sebuah parti pembangkang yang selama ini menentang kebobrokan dan penyelewengan kerajaan Umno BN tapi sudah sanggup dan bersedia untuk sama-sama membentuk kerajaan dengan Umno BN walaupun Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa Pas akan menentang Umno BN dalam PRU14 nanti.

"Tetapi kenyataan tersebut tidak menafikan strategi makan keliling termasuk untuk membentuk kerajaan campuran dengan UMNOBN selepas PRU14 nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang masih ahli Pas berkata, kenyataan Mohd Zuhdi dan Mahfodz ternyata bercanggah dengan kenyataan Naib Presiden Pas Idris Ahmad bahawa Pas akan masuk bertanding PRU14 sebagai pembangkang dan tidak akan membentuk kerajaan bersama Umno BN.

"Saya yakin penerimaan majoriti ahli dan penyokong Pas tidak menyenangi terhadap pernyataan sikap terbaru Pas ini sebagaimana yang diumumkan Mohd Zuhdi dan disokong pula oleh Dr Mahfodz.

"Saya tidak pasti adakah sahabat saya Ustaz Idris Ahmad berani melawan arus untuk menyanggah kenyataan Zuhdi dan ketua dewan ulama ini," katanya lagi.

Sementara itu, bekas ketua penerangan Pas itu juga mempersoalkan sikap pimpinan parti itu yang berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Amanah dan DAP sedangkan dalam masa yang sama bersedia membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan dan PPBM.

"Kenapakah pada masa yang sama pemimpin-pemimpin Pas berulang kali menyatakan bahawa parti itu tidak akan sama sekali sanggup bekerjasama dengan parti Amanah dan DAP atau mana-mana parti lain yang bersekongkol dengan dua parti ini?

"Ini juga akan membentuk pesepsi menunjukkan sikap PAS yang 'tak tentu hala' hingga menghilangkan kewibawaan Pas sebagai parti Islam," katanya.

Justeru Mahfuz menyeru pucuk pimpinan Pas agar menentukan sikap yang jelas dari sekarang sama ada ingin bekerjasama dengan Umno dan BN atau bekerjasama dengan PH dan PPBM.

"Atau hanya mengukuhkan kedudukan sebagai 'kuasa ketiga' melalui kerjasama dengan Parti Ikatan.

"Budaya politik tak tentu hala dan strategi politik 'makan keliling' ini, apatah lagi apabila ia dihebahkan secara terbuka adalah satu langkah politik yang amat amatur, akan hanya menghakiskan keyakinan rakyat kepada Pas terutama sekali dalam kalangan rakyat yang menentang kepimpinan Umno BN di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," katanya

Tiada ulasan: