"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Viral: Lelaki tak beradab potong barisan, tunjuk isyarat lucah (Gambar)

FMT Reporters

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki Melayu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah kirinya dipercayai selepas memotong barisan di plaza tol menjadi viral di laman sosial Facebook, hari ini.

Insiden itu menjadi viral selepas pengguna Facebook, Neysa Anwar memuat naik 6 gambar menunjukkan lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi memotong barisan ketika beratur di plaza tol.

coometfb“Lelaki ini sangat mementingkan diri dan tiada adab. Orang lain beratur panjang hampir setengah jam sampai sesak di belakang, dia boleh terus masuk, kemudian bila orang hon dan memintanya beratur dia tidak berpuas hati.
“Dia keluar ketuk cermin dan kemudiannya tunjuk jari tengah. Dia langsung tidak angkat tangan atau meminta maaf. Orang belakang beratur panjang dan hon juga,” kata Neysa dalam status Facebook miliknya.

Kejadian dipercayai berlaku di plaza tol sebelum masuk ke Sunway dan status yang dimuat naik sejak 4 jam lalu dikongsi seramai 6,900 pengguna Facebook dan menerima 2,500 komen.

“Jika ada sesiapa yang tahu dan bertemu dengannya di mana-mana, tolong ajarkan dia sedikit adab. Semua orang dalam keadaan terburu-buru, bukannya dia seorang,” tulis Neysa.

Sebelum ini, di Batu Pahat seorang pereka grafik mengaku bersalah atas tuduhan mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 bulan.

Lelaki berkenan turut menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah tangan kanannya.

Lelaki berusia 40 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tiada ulasan: