"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki bogel nyaris maut dibaham singa ( video & Gambar)

FMT Reporters 
singa
PETALING JAYA: Seorang lelaki nyaris maut ketika cuba membunuh diri dalam keadaan bogel selepas dibaham singa dalam sebuah zoo di Chile pagi kelmarin.

Kejadian itu berlaku Sabtu lalu apabila seorang pemuda bertindak melompat ke dalam kurungan singa di Zoo Metropolitan, Santiago.

Dia kemudiannya menanggalkan pakaian dan melompat ke bahagian tengah kurungan itu sebelum diserang dua ekor singa.

Penjaga zoo terpaksa menembak mati masing-masing seekor singa jantan dan betina itu bagi menyelamatkan nyawa lelaki terbabit.

Kejadian ngeri itu disaksikan ramai pengunjung, termasuk kanak-kanak yang terkejut dengan tindakan lelaki terbabit.

Luis Ferrada, 20, dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Pengarah Taman Metropolitan, Mauricio Fabry yang dipetik portal berita rt.com berkata, surat yang dipercayai nota bunuh diri dijumpai dalam pakaian lelaki itu.

Menurut saksi, lelaki terbabit melaungkan slogan keagamaan ketika dia diserang raja rimba itu.

Tambah mereka, singa-singa itu pada mulanya tidak memberi perhatian kepada lelaki terbabit dan ia hanya menyerang pemuda berkenaan selepas dia mula bermain dengan haiwan-haiwan itu.

“Zoo ini mempunyai protokol kerana nyawa manusia sangat penting kepada kami,” kata pengarah zoo terbabit, Alejandra Montalba yang dipetik agensi berita AP.

Tambahnya, zoo itu tidak mempunyai ubat penenang bertindak cepat yang boleh menenangkan haiwan-haiwan itu dengan segera.

Tiada ulasan: