"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi kembar berusia beberapa hari jadi pemuas nafsu bapa

Amerika Syarikat: Seorang lelaki berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara 22 tahun akibat melakukan penderaan seksual terhadap anak kembarnya.

Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu mengaku bersalah pada Khamis lalu atas 38 tuduhan termasuk 20 daripadanya melakukan perbuatan sumbang dan dua lagi membabitkan tuduhan menyeludup kanak-kanak.

Tuduhan menyeludup dikenakan kepadanya kerana pendakwa raya berkata lelaki itu mengaku membawa bayi kembar itu dari ibu tumpangnya ke Australia untuk khidmat seks.

Laporan The Age mengatakan bayi perempuan kembar berkenaan berusia 27 hari semasa penderaan seksual ke atas mereka mula dilakukan.

Lelaki itu juga mengaku bersalah terhadap 11 pertuduhan lain termasuk menghasil dan mengedarkan bahan-bahan penderaan kanak-kanak dan satu tuduhan mengambil gambar dari bawah skirt wanita di dalam kereta api.

Serbuan yang dijalankan di rumah suspek juga telah mendedahkan video dan gambar penderaan ke atas dua orang anak saudaranya sejak tahun 2009 semasa mereka berusia 4 dan 5 tahun.

Simpanan fail di komputer turut mendedahkan bahawa dia telah melakukan penderaan seksual terhadap bayi kembarnya beberapa hari selepas mereka tiba di Australia.

Bayi kembar itu kini berada di bawah jagaan Jabatan Khidmat Kesihatan dan Manusia.

Bekas isteri lelaki tersebut bagaimanapun disabitkan tidak mempunyai sebarang kaitan dan tidak bersalah dalam jenayah yang telah dilakukan.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan: