"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'DAP tak 'hilang roket' tapi Pas hilang jati diri'

MALAYSIA DATELINE

DAP tidak 'hilang roket' sebaliknya Pas telah hilang jati diri perjuangan dan menjadi rakan kongsi kepada Umno-BN untuk mensabotaj usaha DAP dan Pakatan Harapan melawan ketidakadilan di negara ini, tegas bekas ahli Pas yang kini bersama DAP.

Kecewa dengan sikap Pas yang jelas berubah, Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata, Pas kini menjadi 'tongkat' mengukuhkan lagi pemimpin kleptorat.

Sheikh Omar Ali"Pas hari ini jelas telah berubah. Pas sudah lupa bahawa dalam apa juga usaha menegakkan keadilan dan melawan kemungkaran pemerintah, tekanan dan muslihat jahat pihak musuh merupakan fitrah dan lumrah dalam perjuangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas artikel penggerak Pas dalam Harakahdaily mengenai arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baru.

Tarbiyah Pas

Sheikh Omar berkata, sewaktu bersama Pas, beliau dan rakan-rakan seringkali ditarbiyah (dididik) bahawa perjuangan yang benar pastinya akan bertemu titik pertembungan apabila berhadapan kezaliman.

Bahkan katanya, ia menjadi bukti bahawa perjuangan yang kita dukungi berada di landasan yang betul. Mustahil sekali musuh akan memberi laluan mudah kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran.

"Dalam hal ini, kami juga sering diperdengarkan ayat-ayat Quran seperti dari surah At-Tawbah yang membawa pengertian 'Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang mudah dan perjalanannya tidak begitu jauh, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh lagi berliku."

"Kami juga sering diceritakan bagaimana perjuangan yang dilalui oleh para nabi dan rasul tatkala berhadapan pemerintah yang zalim. Mereka terpaksa berhadapan risiko hatta mengancam nyawa.

"Jadi, tekanan serta ancaman yang dikenakan keatas DAP melibatkan ROS - pada kacamata Islam - bukanlah suatu yang luar biasa. Ia adalah lumrah dan asam garam dalam perjuangan menegakkan keadilan. Khususnya, disaat kritikal berhadapan pemerintah kleptokrat yang menindas rakyat hari ini," katanya.

Bagaimana Pas cenderung kepada kezaliman?

Menurut beliau juga, Pas bersikap pelik pada hari ini apabila begitu intim dengan pemerintah zalim.

"Dengan segala kemungkaran nyata yang telah dilakukan oleh Umno-BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara, bagaimana Pas boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?

"Adakah Pas telah melupakan nasihat para murobbi (pendidik) dan pemimpin terdahulu mereka sebelum ini? Apakah PAS sudah lupa kata-kata yang sering diungkapkan oleh Al-Marhum ustaz Fadzil Noor "Ulamak yang jahat ialah ulamak yang menyerondoi di pintu-pintu umarak"?

"Pas sepatutnya memahami perkara ini. Malangnya, sikap yang dipamerkan menerusi tulisan di portal rasmi parti itu ibarat 'menyimbah minyak ke dalam api'. Bahkan, ia menzahirkan lagi sikap Pas yang telah menjadi lidah kepada pemerintah zalim," katanya.

Tiada ulasan: