"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Padah pandu kereta dengan kaki terjulur di tingkap (Gambar)

Beijing – Seorang pemandu di bandar ini disaman pihak berkuasa selepas memandu dengan sebelah kaki terjulur di tingkap.

Media tempatan melaporkan, polis mengambil tindakan itu selepas beberapa pengguna jalan raya merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuat naik gambar itu di media sosial.

Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan memandu sebuah kereta berwarna hitam dengan kaki kirinya terjulur di luar tingkap.

Selepas gambar itu menjadi tular di media sosial, polis berjaya mengesan lelaki berkenaan melalui nombor pendaftaran kereta yang jelas kelihatan.

Polis memberitahu, lelaki itu dikenakan saman berjumlah 200 yuan (RM126) dan dua mata penalti.

Lesen pemandu boleh digantung apabila dia memperoleh 12 mata penalti dalam setahun.

Tindakan lelaki itu juga menerima kecaman pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Terima kasih polis kerana mengambil tindakan segera terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab ini,” kata seorang pengguna.

Seorang lagi pengguna berkata, tindakan lelaki itu memandu terlalu santai boleh membahayakan pengguna yang lain.-hmetro

Tiada ulasan: