"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Konsert Awie, gelek dangdut warnai 'Membangun Bersama Islam' (Gambar)

ARIF ATAN
Persembahan penyanyi rock Awie menggegarkan stadium di Kota Bharu malam tadi
Persembahan penyanyi rock Awie menggegarkan stadium di Kota Bharu malam tadi

Slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi identiti Kelantan sejak Pas menerajui negeri itu pada 1990 telah diwarnai dengan persembahan hiburan malam tadi yang berlangsung hanya pada jarak kurang 10 kilometer.

Tular di media sosial, konsert penyanyi rock Awie berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV manakala gelek dangdut oleh artis tempatan pula di Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan di Kampung Padang Tembesu dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Wakaf Bharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat persembahan pada hari kedua Kelantan International Bike Week 2017 anjuran bersama kerajaan negeri Kelantan di bawah Urusetia Belia dan Sukan (Ubes) dengan Darulnaim Bikers.

Difahamkan seorang pegawai kanan sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) turut menyanyikan lagu di konsert vokalis kumpulan Wings itu.

Gelek dangdut oleh dua penyanyi tempatan juga berlangsung malam tadi hanya 10 kilometer dari konsert AwieSemalam, Awie bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood menyempurnakan gimik pelancaran program yang dilapor disertai 100 kelab motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara.

Gelek dangdut oleh dua penyanyi tempatan juga berlangsung malam tadi hanya 10 kilometer dari konsert AwieSementara itu, persembahan gelek dangdut di khalayak awam termasuk sekumpulan remaja lelaki dipercayai kumpulan dikir barat pula menampilkan dua penyanyi tempatan dikenali Wanie dan Linda yang masing-masing berpakaian warna hijau dan merah jambu.

Satu rakaman video menunjukkan sebelum bergelek lagu 'Secawan Madu', Linda yang berambut perang meminta hadirin meluangkan masa dua minit untuk menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah anaknya yang meninggal dunia Februari lalu.

Kemudiannya, sebaik muzik bermula terdengar suara penonton lelaki yang membuat rakaman secara amatur itu berkata, "pusing kot ni etek" apabila kedua-dua penyanyi membelakanginya.
Gelek dangdut oleh dua penyanyi tempatan juga berlangsung malam tadi hanya 10 kilometer dari konsert Awie
Laman Facebook salah seorang penyanyi itu atas nama Ayue Rosalinda II turut memuatkan gambar dan rakaman video secara langsung program tersebut berserta catatan penghargaan kepada semua pihak terlibat.

"Alhamdulillah. Selesai show mlm nie bersama rakan2 seperjuangan, trima ksih byak pda pihak tuan kerja krna mnjemput kami smua.

"Hope smua puas hati dgn prsembahan kami... Especially Die Kecana krna sudi mnjemput kami smua... Trima kasih byak2 smua,maaf klau ada salah silap dri kami...," dipetik daripada status yang dimuat naik kira-kira pukul 6 pagi hari ini.

Ayue Rosalinda adalah antara penyanyi tempatan yang terkenal dan dapat dilihat pada status Facebook tersebut yang mencatat lebih 1,100 'likes' hanya selepas empat jam dimuat naik manakala rakaman videonya menerima lebih 1,800 tontonan.

Walau bagaimanapun, banyak pihak mengecam kerajaan negeri yang dikuasai Pas tersebut yang sekarang dianggap banyak menyimpang hanya selepas dua tahun bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Pengguna media sosial turut menyifatkan kedua-dua persembahan hiburan tersebut bercanggah dengan ciri Kelantan yang sebelum ini digelar Serambi Mekah dan mempunyai banyak sekolah pondok dan ramai ulamak itu.

Tidak kurang juga menyindir Pas yang menerajui kerajaan negeri Kelantan pada masa ini sudah 'maju' Membangun Bersama Rock selain Membalak dan Melombong Bersama Ulamak.

Tindakan kerajaan negeri Kelantan membenarkan Awie yang merupakan pemilik kelab malam Malai Rock Station Bistro di Ipoh menyanyi juga dianggap bertentangan dengan peringatan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelang Ramadan lalu.

Beliau melarang pembelian makanan di bazar Ramadan daripada "orang yang tidak taat pada perintah Allah" termasuklah penjual yang tidak menutup aurat dan meninggalkan sembahyang.

Tiada ulasan: