"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan negeri buat laporan terhadap Datuk Husam Musa

Climate Protector patut dilapor polis bukan saya, Husam beritahu Dun Kelantan
ZIKRI ABDULLAH
Husam Musa
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa terkejut diberitahu kerajaan negeri membuat laporan polis terhadap beliau kerana mendedahkan isu kutipan wang wang haram oleh syarikat yang menjalankan projek karbon kredit di Kelantan.

"Sepatutnya pihak kerajaan membuat laporan polis terhadap Climate Protector atau pemiliknya TS Tang, bukannya saya," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan meluluskan bajet tambahan di Dun Kelantan hari inii.

Menurutnya, tindakan memaklumkan aktiviti yang tidak mengikut undang-undang oleh syarikat yang membuat kerjasama dengan kerajaan negeri patut dihargai kerajaan.

"Apa yang saya cuba maklumkan kepada kerajaan ialah situasi buruk yang telah diketahui umum di luar sana yang boleh merosakkan imej kerajaan dan kemungkinan kerugian besar yang bakal ditanggung rakyat.

"Saya diberi maklum bahawa pihak kerajaan telah membuat laporan polis terhadap saya lima hari lalu dan tentulah ini suatu yang pelik kerana sepatutnya syarikat berkenaan dilaporkan kegiatan mereka kepada polis," katanya.

Beliau melahirkan rasa terkejut dengan sikap menteri besar, Datuk Ahmad Yakob yang tidak peka dengan pelbagai perkembangan dan terus mempertahankan projek kabon kredit bersama Climate Protector.

"Sehingga dalam ucapan di majlis hari raya bersama perantau pada dua syawal lalu, menteri besar masih melahirkan bangga dengan projek ini yang dikatakan membawa pulangan lumayan.

"Sedangkan pelbagai pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung kepincangan projek ini," katanya.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menurutnya, melalui ejensi atau wakilnya telah memaklumkan penafian tentang wujudnya insentif untuk projek seumpama itu di Kelantan.

"Pihak kementerian sumber asli dan alam sekitar sendiri pada 27 Jun membuat kenyataan bahawa perjanjian yang ditandatangani kerajaan Kelantan berkaitan inisiatif melindungi alam sekitar daripada pemusnahan hutan dan degradasi (REDD) adalah bercanggah dan tidak memenuhi syarat Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai perubahan ilkim (UNFCCC).

"Pada 23 Jun 2017 pula, BNM (Bank Negara Malaysia)menyenaraikan Climate Protectors Sdn Bhd. dan sekutunya Ecobit sebagai beroperasi tanpa kelulusan BNM," katanya.

Bagaimana katanya, pegawai-pegawai di pejabat menteri besar begitu lemah dan tindak "internet savvy" dan tidak menyampaikan maklumat ini kepadanya.

Beliau yang turut mengaku dimaklumkan tentang butir-buti dalam penjanjian itu walaupun belum dapat melihat dokumen itu kerana masih diklasifikasikan di bawah akta rahsia rasmi (OSA) berkata banyak perkara yang boleh dipersoalkan.

"Dikatakan dalam perjanjian itu semua trnsaksi kewangan antara kerajaan dan Climate Protechtor mesti dirahsiakan.

"Juga dikatakan perjanjian ini bukan 30 tahun tetapi 30 tahun tambah 30 tahun dan akan disambung secara automatik.

"Satu lagi perkara ialah kawasan yang diberikan termasuk kawasan taman negara," katanya.

Mengenai kawasan taman negara, beliau menyoal kerajaan adakah sebelum penjanjian ini dibuat pihak Baginda Sultan Kelantan dan Yang Dipertuan Agong telah memberi persetujuan.

"Saya minta pihak kerajaan tunjukkan surat perkenan duli-duli yang maha mulia tuanku jika dokumen itu benar-benar ada," katanya.

Tiada ulasan: