"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Hilang kaki demi menyelamatkan warga emas yang hampir dilanggar kereta api (Gambar)


Chengdu – Seorang lelaki hilang kaki kanan selepas bertindak terjun dari kereta api bagi menyelamatkan seorang wanita warga emas yang melintas landasan di wilayah Sichuan di China.

Xu Qiankai, 29, seorang konduktor kereta api menjadi wira pada Khamis lalu selepas menyelamatkan seorang wanita berusia 65 tahun yang mengalami masalah pendengaran.

Media tempatan melaporkan Xu, yang bertugas ketika itu menarik brek kecemasan serta-merta sebaik mengesan wanita berkenaan.

Dia juga cuba menarik perhatian wanita itu dengan menjerit dan membunyikan wisel.

Namun tindakannya tidak dipedulikan wanita itu sedangkan jaraknya dengan kereta api hanya 10 meter darinya dan tidak sempat dihentikan.

Xu kemudiannya terjun dari kereta api dan menolak wanita tersebut dari landasan.

Bagaimanapun Xu tidak sempat menarik kaki kanannya mengakibatkan dia digilis kereta api.

Gambar menunjukkan Xu terbaring di atas tanah dalam kesakitan tetapi masih sedar untuk memeriksa keadaan wanita itu.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan doktor terpaksa memotong kaki kanannya. – The Straits Times/Asia News
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: