"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno bakal ambil tindakan terhadap KJ dan Anifah Aman kerana enggan boikot dewan?

Minderjeet Kaur

KUALA LUMPUR: Bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata, biar parti menentukan tindakan ke atas 2 ahli Parlimennya yang tidak mematuhi arahan keluar Dewan Rakyat beramai-ramai pagi ini.

Beliau merujuk ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin serta Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman yang kekal dalam Dewan Rakyat, selepas semua ahli Parlimen BN dan PAS keluar dewan untuk membantah pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof sebagai speaker baru.

Najib berkata, protes itu ialah keputusan Umno.

“Saya biarkan parti untuk tentukan. Mereka perlu jelaskan kenapa mereka berbuat demikian,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan perlu mematuhi semua peraturan Parlimen.

“Sebagai pembangkang, kami mahu menekankan prinsip mematuhi peraturan dan kami mahu menegakkan konsep kedaulatan undang-undang.

“Ia perlu ditunjukkan yang peraturan Dewan Rakyat dipatuhi dan dihormati pada hari pertama Parlimen (bersidang).”

Najib yang juga ahli parlimen Pekan berkata, kerajaan perlu menunaikan janjinya kepada rakyat mereka mereka dipilih sebagai wakil rakyat.

Katanya, pembangkang mendapati timbalan perdana menteri dalam satu kenyataan pada 9 Julai lalu berkata, seorang speaker sudah dikenal pasti.

Tetapi, ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan speaker itu sepatutnya dilantik 14 masa sebelum Parlimen mula bersidang.

Ditanya perasaannya sebagai ahli Parlimen pembangkang, katanya: “Pada saya, perkara ini saya terima.

“Pada saya, saya utamakan bahawa saya nak berkhidmat kepada rakyat dan saya nak jadi seorang ahli pembangkang yang ‘constructive’ dan membina dan saya nak main peranan supaya demokrasi dalam negara berjalan dalam keadaan yang dapat memberi makna kepada prinsip dan amalan demokrasi yang sihat.”

Najib juga berharap kerajaan baru akan membenarkan demokrasi membina.

“Dulu bila kami dalam kerajaan, kami selalu dipersalahkan.

“Jadi, sekarang ini mereka sepatutnya menunjukkan bahawa peluang untuk pembangkang bersuara, yang telahpun dinafikan sebenarnya dalam pelantikan speaker.

“Kami bukan membantah pencalonan speaker, kami membantah dari segi tidak mematuhi peraturan dewan, tapi wakil-wakil rakyat Barisan Nasional tak diberi peluang untuk menyuarakan perkara ini.”

Tiada ulasan: