"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

222 anggota dewan rakyat angkat sumpah, Zahid Hamid Ketua Pembangkang

Malaysia Dateline

Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismal antara 222 anggota dewan rakyat yang mendahului upacara angkat sumpah di Parlmen hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada 10 pagi ini dengan urusan pertama yang akan diselesaikan iaitu pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengesahkan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Md Yunos akan dilantik memegang jawatan penting itu.

Selepas pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, urusan mesyuarat akan diteruskan dengan istiadat angkat sumpah anggota Parlimen, diketuai Dr Mahathir.

Kesemua 221 Anggota Dewan Rakyat dijangka mengangkat sumpah kecuali Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, kini bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada pankreas baru-baru ini.

Urusan mesyuarat kemudiannya akan disusuli dengan pemilihan dua Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada kalangan anggota Parlimen bagi membantu Yang Dipertua Dewan Rakyat mengendalikan urusan mesyuarat dan memastikannya berjalan lancar.

Barisan kepimpinan baharu kerajaan Pakatan Harapan di dewan rakyat.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan peralihan kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) dan detik itu akan disiarkan secara langsung oleh semua stesen TV utama negara.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 16 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan merasmikan serentak persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Selasa.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Ketua Pembangkang, berdasarkan susunan kerusi di Dewan Rakyat.

Kerusi Presiden Umno itu berada di kedudukan pertama, barisan kiri di Dewan Rakyat iaitu ruang untuk Ketua Pembangkang.

Pemilihan itu turut disahkan oleh, Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui media, di Parlimen,hari ini.

Kali terakhir Dewan Rakyat bersidang ialah pada 5 April lepas, sebelum ia dibubarkan pada 7 April untuk memberi laluan kepada PRU14 diadakan.

Tiada ulasan: