"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Anwar umum tanding presiden PKR

Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan beliau akan bertanding bagi jawatan presiden bagi pemilihan PKR akan datang.

Ketua umum PKR itu berkata keputusan dicapai selepas perbincangan dengan presiden yang juga isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalan presiden Datuk Seri Mohamad Azmin Ali serta kepimpinan lain.

"Dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan presiden.

"InsyaAllah jika mandat diperolehi daripada akar umbi seluruh negara, saya akan mengemudi parti selaku presiden selepas selesai Kongres Nasional pada November ini," katanya lagi dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata keputusan itu juga dibuat selepas mengambil kira semua pandangan dan keperluan demi kelangsungan PKR.

Sebelum ini beberapa pemimpin PKR menggesa beliau bertanding jawatan itu, antaranya naib presiden Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua pemuda Nik Nazmi Nik Ahmad.

Wan Azizah juga telah menyatakan kesediannya untuk berundur jika Anwar akhirnya memutuskan untuk bertanding jawatan itu.

"Saya mengamati setiap pandangan yang dilontar dengan penuh teliti," kata Anwar.

Beliau membangkitkan kekangan undang-undang yang menghalangnya daripada bertanding jawatan itu sebelum ini, ekoran pemenjaraan kali pertama dan kes Liwat II.

Pada 2007, Anwar menarik diri selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengancam untuk mengharamkan PKR kerana beliau ketika itu masih dalam tempoh larangan memegang jawatan politik selama lima tahun susulan pembebasannya daripada penjara pada 2004.

Beliau juga membatalkan hasrat bertanding pada 2014 selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman bersalah dalam kes Liwat II.

"Demi maslahah lebih besar, saya memilih untuk berundur sementara Azizah kekal selaku presiden," katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan penghargaan kepada Wan Azizah yang kini menjadi timbalan perdana menteri kerana berjaya memimpin PKR dengan pelbagai cabaran ketika awal penubuhan sehinggalah kini menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan.

"Kita wajar melihat ke belakang sebagai pedoman ke hadapan - Azizah mengemudi parti usai 1999 dengan pelbagai cabaran, mehnah dan tribulasi...Namun iktikad presiden, timbalan presiden, pimpinan dan akar umbi menyaksikan kita mendobrak sejarah.

"(Pakatan Rakyat) menafikan majoriti dua pertiga BN pada PRU ke-12, meraih undi popular 51 peratus pada PRU ke-13, dan melangkah gagah ke Putrajaya sebagai parti komponen terbesar di Parlimen melalui muafakat Pakatan Harapan," katanya lagi.

Tiada ulasan: