"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Digelar Si Tanggang, KJ kata 'tak apalah'

Anne Muhammad

Anggota Parlimen Rembau menafikan beliau adalah "Si Tanggang" dalam Umno susulan tindakannya mengkritik Umno.

"Tak apalah sekarang ini kita sudah (ada) Umno yang lebih terbuka dan pemilihan parti pun semua ahli kata Umno lebih terbuka semuanya," katanya kepada media di lobi parlimen, hari ini.

Khairy berkata tindakannya itu tidak melampaui batas kerana ia merujuk keterbukaan kepada Umno.

Beliau juga memaklumkan masih menjadi anggota Umno.

"Saya tak melampaui batas, saya masih mengikut disiplin Umno tetapi apabila pandangan saya perlu dikemukakan, saya rasa keterbukaan baru saya rasa tak ada masalah, saya masih lagi umno saya tak kemana-mana," katanya.

Sebelum ini Setiausaha Kelab Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakub menggelarkannya sebagai Si Tanggang kerana lantang mengkritik pemilihan parti, lapor Sinar Harian.

Mustapha berkata Khairy perlu melihat diri sendiri selepas gagal berperanan sebagai menteri belia dan sukan ketika era pentadbiran BN sbelum PRU1.
-malaysiakini

Tiada ulasan: