"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Poster Syerleena, ADUN Seri Selina 'halal' dibunuh tular di Facebook

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, Syerleena Abdul Rashid mengecam sebaran poster di Facebook yang mengugut untuk menamatkan riwayatnya kerana didakwa mengkhianati agama Islam.

Salah satu poster, yang menjadi tular di media sosial menggesa Syerlena dibunuh dengan kapsyen berbunyi "Darahnya halal, tidak berdosa dibunuh, dia pengkhianat Islam"

Selain itu kapsyen berbunyi: "Dia wajar dibunuh, kerana sebagai seorang Islam dia bersekongkol dengan Cina kafir harbi untuk menyerang institusi Islam."

Mengiringi poster itu adalah imej beliau ketika memberikan ucapan dengan kapsyen "Saya bersumpah akan menyerang institusi Islam, khususya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam), demi DAP."

Syerleena menafikan dakwaan itu yang mula timbul tahun lepas, tetapi muncul semula ketika kempen pilihan raya umum ke-14 lalu.

Menurut anggota parlimen DAP itu, poster yang mengandungi ancaman berkenaan dimuat naik di laman Facebook, oleh pengguna Facebook bernama Yanz AB Rahman dan Fitri AMRR.

Poster yang sama dimuat naik pengguna Facebook bernama Khairul Anwar Ismail dengan komen berbunyi: "Benar dan sungguh benar. Aku dah standby dah. Hanya tunggu semboyan berbunyi je. Berbunyi je aku onlah.."

"Ini adalah ugutan bunuh yang jelas dan ancaman terhadap keselamatan saya," kata Syerleena.

"Komen yang paling teruk adalah pada posting Facebook oleh seorang bernama Ja Gmum, yang memuat naik poster berkenaan pada 13 Julai, yang telah dikongsi lebih 379 kali.

"Saya menyeru polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak pantas. Keadaan ini serius, saya takut jika ini tidak dihentikan segera, nyawa saya dalam bahaya," katanya.

Minggu lepas, Syerleena membuat laporan polis selepas menerima nota ugutan bunuh yang diletakkan dalam peti surat di rumahnya.

Nota tulisan tangan itu berbunyi "Maut menanti mu".

Beliau sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung tuduhan akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi selepas PRU14.
-malaysiakini

Tiada ulasan: