"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lelaki pemegang kad UNHCR rompak, tikam penjual durian (Gambar)

Seorang penjual durian cedera parah akibat disamun dan ditikam beberapa kali oleh sekumpulan lelaki warganegara Myanmar, yang seorang daripada mereka adalah pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Selayang pagi ini.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, lelaki tempatan berusia 23 tahun itu dikatakan baru keluar dari rumahnya dan menuju ke kereta ketika dia dibelasah oleh tiga lelaki yang bertujuan untuk merompaknya.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata berkata lelaki warga asing itu kemudiannya merampas beg mangsa yang mengandungi wang tunai hasil jualan durian.

Munusamy berkata terdapat lima kesan luka dan tikaman di badan mangsa, dua daripadanya di belakang bahu kanan manakala masing-masing satu di belakang bahu kiri, bawah dagu dan pinggang. Luka tikaman pula, menurutnya adalah kira-kira tiga sentimeter.

Mangsa dikejarkan ke hospital Selayang dan dilaporkan kini berada dalam keadaan lemah.

Seorang anggota polis yang menyaksikan kejadian itu berjaya menangkap seorang suspek dengan bantuan orang ramai. Pemeriksaan terhadap suspek menemui satu pemutar skru.

"Dua lagi suspek yang terbabit dengan kejadian itu masih diburu polis," katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: