"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak ada pilihan kecuali adakan PRU awal, kata Annuar dan Zahid

Meskipun penggal kerajaan sekarang masih berbaki hampir tiga tahun lagi BN sekali lagi menyatakan kecenderungan parti itu agar pilihan raya umum (PRU) diadakan secepat mungkin.

Malah salah seorang daripada mereka menyarankan parlimen dibubarkan pada tahun ini juga.

Setiausaha Agung BN, Annuar Musa, berkata PRU ke-15 sepatutnya diadakan tiga tahun lagi namun kerajaan wajar mempertimbangkan agar ia diadakan lebih awal.

“Hatta jika perlu, boleh diadakan tahun ini juga supaya rakyat berpeluang membetulkan segala kepincangan Pakatan Harapan (PH) sejak PRU ke-14 yang merupakan igauan buruk buat rakyat Malaysia,” ciapnya di Twitter malam tadi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apa yang dimaksudkan Annuar dengan "kepincangan" berkenaan memandangkan dia kini adalah sebagaian daripada kerajaan.

Ia bukanlah gesaan kali pertama daripada bekas setiausaha agung Umno itu. Sebelum ini Annuar pernah memberi bayangan berkenaan kemungkinan PRU diadakan dalam masa terdekat.

Selain itu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin turut dilaporkan bersiap sedia untuk mengadakan PRU mengejut seawal tahun ini bagi mendapatkan mandat bagi Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan PN seperti tidak mempunyai pilihan lain kecuali mengadakan PRU bagi membentuk kerajaan lebih kukuh.

Jangka tidak lama lagi

Dia yang juga presiden Umno berkata, sokongan tipis PN di Dewan Rakyat - iaitu hanya 113 kerusi - berbanding 109 di pihak pembangkan - maka PN dilihat tidak stabil dan akan terus dipersenda sebagai kerajaan pintu belakang.

"Kita tidak ada pilihan melainkan memperoleh mandat baru daripada rakyat untuk elakkan tuduhan berterusan. Maka kerajaan sekarang mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat mesti dikembalikan supaya rakyat boleh memilih semula.

"Maka untuk memilih semula, PRU ke-15, jangkaan saya akan diadakan dalam waktu terdekat," katanya dipetik portal BH Online.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan tempoh berkenaan memandangkan kuasa menasihat Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan parlimen terletak pada Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri.

Ahmad Zahid sendiri bukanlah sebahagian daripada anggota kabinet Muhyiddin.

Baca 'Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen'

Bagaimanapun PRU mungkin bukanlah langkah yang diinginkan Muhyiddin dan Bersatu kerana parti itu kini dilihat berdepan dengan masalah kerusi apabila Umno berulang kali menyatakan akan kekal bertanding di kawasan mereka.

Ia menjadi lebih rumit kerana sesetengah pemimpin Bersatu terdiri daripada bekas anggota Umno yang memenangi kerusi parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) menggunakan tiket BN.

Di Terengganu pula, pengerusi Umno negeri Ahmad Said berkata pihaknya akan meletakkan calon di semua kerusi parlimen atau DUN, sekali gus memberi kesukaran kepada PAS.

Tiada ulasan: