"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muhyiddin Jenderal Tanpa Tentera

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 28/08/2020

( 1 – 25 )

1. Dalam tulisan saya bertarikh 8hb Ogos 2020 bertajuk :

‘Orang Melayu

Sudah Kenal

Siapa UMNO

Siapa PAS’

tamrintunghafar.blogspot.com

telah didedahkan SERANGAN dan KRITIKAN Muhyiddin terhadap UMNO dan PAS selain dari MENABUR JANJI kepada rakyat.

(sila tonton klip video)

2. “No way !!! – KITA TIDAK AKAN KEMBALI BERSAMA UMNO SELAMA – LAMANYA” – itulah sebahagian JANJI beliau bagi meraih sokongan rakyat khususnya pengundi di Johor menjelang Pilihanraya Umum yang baru lepas.

(sila tonton klip video)

3. Seolah – olah dipukau seperti :

‘Lembu DiCucuk

Hidung’

tidak menghairankan apabila keseluruhan ‘penganut dan pengampu’ beliau yang terdiri dari Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU menyokong apa saja yang keluar dari mulut beliau : mengapa ?? , ini kerana mereka TAKUT kehilangan jawatan seperti Menteri dan Timbalan dan Pengerusi atau Pengarah GLC.

4. Keputusan terbaru ialah bersetuju Parti BERSATU MEMOHON menjadi ahli gabungan Muafakat Nasional ( MN ) yang diasaskan oleh UMNO dan PAS, kedua – dua parti yang beliau benci sebelum ini.

5. Jika kenyataan Setiausaha Agung PAS SELEPAS BERSATU membuat permohonan untuk bersama dalam MN itu betul yang menyatakan PAS kini akan bersama BERSATU dalam Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) TANPA ambil kira pendirian UMNO , apakah Muhyiddin tidak akan meneruskan hasrat awalnya itu dan Ahli Pimpinan Parti BERSATU akan ikut saja kehendak beliau.

6. Apa pun ALASAN yang diberi namun rakyat khasnya ahli – ahli akar umbi BERSATU yang telah meninggalkan UMNO semata – mata setelah mendengar kata – kata dan janji beliau kini merasa segala pengorbanan mereka TIDAK LAGI DI HORMATI, DIAMBIL PEDULI DAN DIPARUAHKAN ; mereka TELAH DITIPU oleh Muhyiddin seperti berjayanya beliau memanipulasi Ahli Pimpinan Tertinggi parti tersebut.

7. Tidak hairan apabila Wakil – Wakil Rakyat dari BERSATU dan Ketua -Ketua Bahagian BERSATU sama ada di Peringkat Pusat mahupun Negeri sanggup jadi ‘PAK TURUT’ setelah mereka diumpan dengan jawatan Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, EXCO dan imbuhan lain seperti Pengerusi atau Pengarah GLC.

8. Ada pula yang menganggap amat tidak masuk akal seorang anak ‘ulamak’ terkenal di Pagoh suatu ketika dahulu SANGGUP MENIPU, BERBOHONG DAN MELAKUKAN MAKSIAT DENGAN ISTERI ORANG semata – mata kerana NAFSU.

9. Kini beliau cuba menipu rakyat dengan menampilkan imej ‘ALIM’ dan ‘SEJUK’ seolah – olah beliau seorang pemimpin yang boleh dicontohi dan disokong; bagi tujuan tersebut semua stesen TV tak putus – putus mengulangi tayangan ‘DOA’ beliau itu.

10. Berdasarkan Kitab Suci Al Quran dan Hadith, orang yang berpura – pura, suka berbohong dan menipu ia dikategorikan sebagai FASIK ; pengikut dan pengampu pula PASTI akan disoal dan dicampakkan ke dalam Neraka Jahanam, Nauzubillah !!

11. Amat tepat sekali kata – kata mendiang Abraham Lincoln , Presiden Amerika Syarikat ke16 dari tahun 1861 hingga 1865 :

“You Can Fool All

The People

Some Of The Time

But You Cannot

Fool

All The People

All The Time”

12. Bak kata pepatah :

‘Sepandai – Pandai

Tupai Melompat

Pasti Akhirnya

Akan Jatuh

Ke Tanah Jua’

13. ‘Langkah Sheraton” adalah LANGKAH PERTAMA beliau iaitu MERAMPAS KUASA Kerajaan dari parti Pakatan Harapan ( PH ) yang beliau sama – sama menangkan sebelum ini.

14. Setelah melihat sokongan beliau MEROSOT dari 114 ke 111 dari jumlah 222 Ahli Parlimen walaupun hampir kesemua Ahli – Ahli Parlimen PN telah disumbatkan dengan berbagai Jawatan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC, kini bagi menguatkan kedudukan, beliau TIDAK ADA PILIHAN melainkan bergabung dengan musuh utamanya, UMNO dan PAS – itu adalah LANGKAH KEDUA.

15. Muhyiddin AKAN LAKUKAN apa sahaja TERMASUK MENJILAT LUDAHNYA SENDIRI bagi melayani NAFSUnya.

16. Perbuatan ini dengan sendirinya umpama :

‘Membuka Pekong

Di Dada’

17. Setelah BERSATU diterima sebagai ahli dalam gabungan MN dan setelah Najib, Zahid dan beberapa pemimpin Tertinggi UMNO disumbatkan ke penjara maka LANGKAH KETIGA dan TERAKHIR beliau ialah mengambil alih kepimpinan UMNO.

18. Kata – kata Barrack Obama terhadap Donald Trump ada kesamaannya dengan Muhyiddin :

“He Hasn’t Grown

Into The Job

Because He Can’t”

19. Umpama seorang pengantin yang tak perlu berfikir dan melakukan apa – apa tentang masalah di sekeliling selain dari berfikir nak duduk di pelamin dan mungkin terbayang padang golf, Muhyiddin disarungkan dengan pakian seperti seorang Raja dan dihias oleh 2 orang ‘Pak Andam’ yang bernama Hamzah dan Azmin; mereka seterusnya akan mengiringi beliau masuk ke Dewan diiringi dengan pukulan kompang oleh pengampu – pengampunya menuju ke pentas pelamin; setelah selesai upacara merenjis beliau sekali lagi diiringi ‘Pak Andam’, kali ini ke meja jamuan dan sekali lagi naik ke pentas bagi upacara memotong kek; selesai saja ‘Pak Andam’ tersebut akan mengiringi beliau ke pintu besar untuk bersalaman perpisahan – itulah senario yang berlaku sejak RAMPASAN KUASA.

20. Tak pasti apa untungnya Setiausaha Agung BERSATU yang kebetulan PENGKHIANAT UMNO menyenaraikan sejumlah 282 ahli BERSATU yang telah dipecat sedangkan sebahagian besar mereka sudah pun keluar Parti.

21. HANYA Muhyiddin sahaja yang merupakan salah seorang pengasas BERSATU yang tinggal setelah ‘PEMECATAN’ dilakukan kerana yang lain adalah mereka yang menyertainya kemudian, sama ada dari UMNO mahupun PKR.

22. Dengan ribuan Ahli meninggalkan Parti Bersatu setiap minggu dan apabila ditoleh barulah beliau sedar rupa – rupanya nya beliau HANYA SEORANG JENERAL TANPA TENTERA atau A GENERAL WITHOUT AN ARMY.

23. ‘Manusia Yang Durjana Akan Berakhir Dengan Kehinaan; Hanya Masa Akan Menentukan Cepat Atau Lambat Pembalasan’.

24. Perkataan ‘PENYELAMAT’ direka untuk melindungi dan menghalalkan ‘PENGKHIANAT’.

25. KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SEBELUM TERLEWAT.

Wassalam

Terima Kasih.

Tiada ulasan: