"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir cabar Tengku Zafrul senaraikan senarai projek, penerima tender

FMT Reporters
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencabar Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 projek bernilai RM6.61 bilion bersama individu yang mendapat kelulusan menerusi rundingan terus itu.

“Malangnya Tengku Zafrul tidak menyenaraikan secara terperinci projek tersebut. Untuk memastikan prinsip ketelusan diamalkan, saya menyeru supaya senarai projek tersebut diumumkan bersama dengan nama mereka yang dapat kelulusan tidak kira siapa mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata, keikhlasan menteri kewangan dalam perkara berkenaan amat dialu-alukan dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh mengenainya.

Semalam, Tengku Zafrul melaporkan kepada Dewan Rakyat terdapat 101 projek dianugerahkan secara rundingan terus oleh pentadbiran lepas, mencetuskan gempar dalam kalangan ahli Parlimen.

Pakatan Harapan (PH) hari ini mencabar kerajaan mendedahkan 101 projek itu termasuk syarikat mana berjaya mendapat tender, kroni siapa yang dapat, serta menteri mana yang memohon kelulusan rundingan terus.

PAS turut menggesa kerajaan menyenaraikan semua projek runding terus yang diluluskan, termasuk kos projek dan kontraktor yang memperolehinya untuk tatapan umum.

Tiada ulasan: