"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Betulkah peniaga bazar rugi sebab rakyat susah?

Harapandaily

NORMAN RADZUAN

Benarkah peniaga TAR atau peniaga-peniaga Bazar Ramadan rugi?

Secara umumnya kita mengetahui sebab-sebabnya penjualan bazar merosot tetapi untuk kepastian saya secara peribadi meminta staf membuat tinjauan terus kepada peniaga.

Saya terkejut kerana ramai mereka yang berniaga di situ ditemubual mengatakan mereka untung malah keuntungan lebih daripada tahun lepas. Ingin kepastian saya lihat sendiri video rakaman dibuat (saya ada bukti).

Jadi, kenapa heboh di media perdana kononnya peniaga Jalan TAR rugi?

Ia seolah-olah menggambarkan kesemua peniaga kerugian walaupun Jalan TAR sehingga artikel ini ditulis penuh sesak hingga jam 2 pagi saban hari.

Di situlah peranan media sama ada laporan mereka berpihak atau sebaliknya.

Zaman dulu-dulu berlaku Pengarang mengarahkan wartawan menemubual Prof pro kerajaan untuk memberi komen dasar-dasar kerajaan.

5 profesor yang ditemubual semuanya menyokong. Jadi, rakyat pun yakin dasar baru itu betul seperti diumumkan oleh Perdana Menteri. Sebab itu menguasai media bermakna menguasai pengundi.

Dalam kes peniaga Jalan TAR faktor utama perniagaan mereka merosot disebabkan perniagaan e-dagang di platform media sosial.

Saya tidak perlu melihat anak orang lain, anak sendiri yang berusia 15-20 tahun mereka beli baju melalui platform e-dagang.

Sebenarnya orang Melayu perlu menguasai platform peniagaan baru ini kerana ia trend masakini.

Jangan seperti berlaku kepada pemandu teksi suatu ketika dahulu. Pemandu teksi ketika itu tidak mahu mengikuti perubahan teknologi akhirnya mereka tidak boleh menerima permintaan Grab menjadi pilihan.

Bila pengguna tidak berminat lagi mengguankan teksi, lalu dipukulnya pemandu Grab. Pemandu Grab dipersalahkan bukan diri sendiri yang berdegil untuk tidak mengikuti trend (pemikiran negatif).

Peniaga Bazar (pakaian) kena ikut trend. Kalau tanya peniaga selalunya ada sahaja tak puas hati mulalah salahkan kerajaan atau penganjur yang selalu jadi mangsa konon kurang publisiti.

Mesti ingat peniaga Bazar tidak mampu bersaing dengan peniaga e-dagang dalam persaingan harga kerana peniaga Bazar perlu membayar sewa, gaji pekerja dan kos petrol. Kadang-kadang harga jualan e-hailing dan bazar berbeza antara RM 50- RM 100 kata anak2 saya.

Sedangkan peniaga e-hailing boleh lakukan dengan anak beranak di rumah. Selain harga yang murah pembeli tidak perlu bersesak. Barangan tiba di depan rumah. Mengapa perlu bersesak jika hanya perlu tunggu di sofa rumah?

Selain itu, penganjur sama ada Dewan Bandaraya atau PBT sepatutnya melihat dulu jenis perniagaan yang ingin dijual.

Contoh untuk peniaga makanan. Kena lihat senarai perniagaan supaya tidak terlalu banyak jualan yang sama.

Saya beri contoh di Bazar Cyberjaya setiap hari berbaris panjang penjual murtabak. Sebabnya hanya satu sahaja peniaga murtabak di situ.

Sepatutnya sekurang-kurang perlu 3 peniaga kerana murtabak adalah makanan yang paling diminati di bulan Ramadhan.

Selain itu, terlalu banyak Bazar Ramadhan dibuka oleh PBT. Ia membuatkan pembeli mempunyai banyak pilihan hingga terpecah banyak lokasi.

Ini antara faktor utama selain daripada penggal sekolah baru dibuka di mana ramai ibu bapa masih terkesan dengan kos persekolahan anak-anak.

Sdgkan di media sosial kita dgr ada yg jual baju Melayu dan baju kurung untung berjuta juta. Vendor2 di Star Vendors dan di Matic untung puluh hingga ratus ribu.

Isunya kenapa org lain boleh untung tidak kisah ribuan atau jutaan. Lainlah jika semua org rugi barulah kita boleh bersetuju utk salahkan kerajaan.

Strategi perniagaan seperti pemasaran dan produk jualan itu penting. Jgn salahkan kerajaan atau penganjur jika peniagaan kita rugi. Apatah akan ada pihak yg mengambil isu2 ini utk dipolitikkan.

Sdgkan jika kita tgk Mall penuh org ramai shopping. Buffet Ramadhan sejak minggu pertama walaupun RM 100-200 penuh di semua hotel hingga hari ini.

Jalan raya penuh org ramai mula pulang ke kampung. Tapi media mainstream dan disambut oleh medsos seolah menggambarkan rakyat merana… tak boleh cari makan dan sebagainya.

Inilah yg saya maksudkan tadi peranan media melahirkan persepsi sgt penting samada sesebuah kerajaan itu berjaya atau sebaliknya.

Tiada ulasan: