"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru direman lima hari kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Guru lelaki direman lima hari kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan di tandas awam sebuah pusat beli belah, di Kota Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata penangkapan suspek berusia 27 tahun susulan laporan mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 22 Mac.

Katanya, mangsa berusia 14 tahun yang trauma tampil membuat laporan kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, polis menahan suspek di Balai Polis Kepong kelmarin dan direman lima hari bermula semalam hingga 10 April ini,” katanya kepada Harian 

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap
 Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: