"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nak raya tapi ‘api’ tiada di Kelantan, TNB sedia 88 generator atasi gangguan elektrik

Harapandaily

Ketika ribuan perantau pulang dan Aidilfitri semakin hampir, heboh berlaku gangguan elektrik di beberapa kawasan di Kelantan.

Ekoran itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan 88 generator set bantuan bagi mengatasi masalah tersebut.

TNB juga bersedia dengan tambahan tenaga kerja dari luar Kelantan iaitu sebanyak lebih 100 pasukan bagi membantu sebarang kemungkinan gangguan bekalan elektrik kepada rakyat negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin.

Jelasnya, ini berikutan penggunaan elektrik dijangka akan meningkat dengan mendadak pada musim perayaan susulan kepulangan perantau.

“Kemungkinan besar dijangka akan berlaku sedikit gangguan bekalan di kawasan yang bervoltan rendah.

“Saya mengambil maklum TNB juga bersedia dengan pasukan baik pulih yang bersiap siaga dalam ‘on call’ sepanjang sambutan Aidilfitri,” katanya menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya di sini, malam tadi.

Dia berkata, pihak TNB sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Kelantan.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak TNB atas usaha dan kerja kuat ini.

“Kepada pengguna jalan raya tidak mengira perantau atau tempatan, berhati-hatilah di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang.

“Semoga Aidilfitri tahun ini menjadikenangan indah buat kita semua,” katanya lagi.

Terdahulu, penduduk di Kelantan heboh apabila banyak kawasan mengalami gangguan elektrik.

TNB kemudiannya memaklumkan bekalan elektrik pulih sepenuhnya di beberapa kawasan sekitar Gua Musang dan Tumpat.

Tiada ulasan: