"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 beradik warga Pakistan cedera dilibas parang

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my
Kedai runcit milik dua beradik warga Pakistan yang juga lokasi kejadian cubaan samun dan tetak menggunakan parang di Kampung Periok, Tumpat. FOTO IHSAN POLIS
Kedai runcit milik dua beradik warga Pakistan yang juga lokasi kejadian cubaan samun dan tetak menggunakan parang di Kampung Periok, Tumpat. FOTO IHSAN POLIS
Tumpat: Dua beradik warga Pakistan cedera akibat dilibas parang dalam cubaan samun di Kampung Periok, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam apabila mangsa yang berusia 26 dan 33 tahun sedang menjaga kedai runcit mereka sebelum didatangi dua lelaki yang menutup muka.

"Dua suspek yang bersenjatakan parang ingin melakukan samun di kedai runcit itu dan dua beradik lelaki terbabit bertindak melawan sebelum dilibas di bahagian tangan.

"Seorang mangsa mengalami cedera parah di lengan kiri manakala seorang lagi hanya cedera ringan dan kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tumpat," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Khairi berkata, semakan dari kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menggunakan kereta jenis Proton Saga BLM bernombor pendaftaran BKJ 897.

Menurutnya lagi, usaha mengesan pemilik kenderaan itu sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK).

"Saya menyeru agar semua pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-7257222," katanya.

Tiada ulasan: