"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saksi: 'Ebit Lew minta saya buka pakaian, tunjuk semua anggota badan'

BERNAMA

Tenom: Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, meminta supaya beliau membuka pakaian dan menunjukkan semua anggota badannya semasa panggilan video.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi pendakwaan kesembilan yang juga pengadu dalam kes berkenaan berkata pada mulanya, beliau tidak menuruti permintaan Lew itu.

"Bagaimanapun semasa panggilan video itu saya terpedaya dan mengikut arahan Lew untuk membuka (pakaian) sedikit demi sedikit (untuk menunjukkan) anggota badan saya," katanya semasa pemeriksaan semula Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria pada perbicaraan kes itu.

Saksi itu berkata beliau hanya menghantar gambar mukanya yang diambil melalui galeri telefon bimbitnya kepada Lew.

Wanita itu berkata gambar lain, Lew telah mengambilnya melalui tangkap layar semasa panggilan video berlangsung dan beliau menjawab panggilan video daripada Lew sebanyak tiga kali.

Terdahulu semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh yang mewakili Lew, wanita itu berkata tiada pihak luar yang memaksa atau memujuknya untuk membuat laporan polis terhadap Lew.

Pihak luar itu merujuk kepada suami wanita itu dan Firdaus Wong serta Mohd Fairuz Abu atau Akhi Fairuz Al-Jengkawi, yang kedua-duanya saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes berkenaan.

Menjawab soalan lain, saksi itu memberitahu bahawa mesej yang berupa playfull manner dalam perbualan di aplikasi Whatsapp bersama Lew, adalah untuk mengelak agar tertuduh tidak meminta gambarnya.

Saksi juga bersetuju dengan soalan Ram Singh, bahawa beliau tidak dipaksa menjawab mesej Lew.

Wanita itu bagaimanapun tidak bersetuju telefon bimbit kegunaan di rumahnya perlu dihantar ke forensik untuk dianalisis, kerana telefon itu hanya melibatkan perbualan mengenai laporan polis terhadap Lew selain mesej di Facebook dan Instagram miliknya.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bersambung 9 hingga 11 Disember ini.

Tiada ulasan: