Agensi
WIPARAT (tengah) diselamatkan selepas terjatuh di dalam lubang saliran. FOTO The Nation
Bangkok: Wanita berusia 54 tahun terselamat tanpa kecederaan serius selepas terjatuh ke dalam lubang saliran sedalam dua meter (m) di tengah bandar utama di Samut Sakhon, Thailand pada petang 2 September lalu.
The Nation melaporkan, insiden itu selepas Wiparat Yonnawa terpijak penutup konkrit di atas lurang hingga menyebabkannya terjatuh ke dalam lubang dengan paras air di dalamnya, kira-kira satu m.
Wiparat terperangkap di situ selama hampir setengah jam sebelum disedari orang yang lalu-lalang.
Menceritakan pengalaman mengerikannya, Wiparat berkata, dia keluar membeli-belah dan mendapati penutup lurang yang terletak berhampiran dengan rumahnya dalam keadaan baik.
Bagaimanapun, dia terjatuh ke dalam lubang saliran ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Katanya, jika air lebih tinggi, dia mungkin tidak akan terselamat.
Wiparat berjaya ditarik keluar dan dibawa ke hospital sebelum mendapat rawatan kerana lebam dan calar.
Doktor berkata, walaupun lebam teruk, tiada pendarahan dalaman.
Bagaimanapun, Wiparat masih bimbang dengan kemungkinan kesan jangka panjang kerana masalah kesihatan sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan