"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tolak anak jatuh sungai tapi lapor hilang

KOSMO
Gambar fail menunjukkan jambatan di sungai Khannaut pada 8 April 2018. - ABP 
NEW DELHI – Seorang lelaki di Shahjahanpur, wilayah Uttar Pradesh ditahan kerana menolak anak lelakinya yang berusia lima tahun ke dalam sungai, sebagai cubaan untuk memerangkap jirannya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Superintendan Polis Tambahan (Luar Bandar) Manoj Awasthi berkata, suspek bernama Sanjeev Kumar, membuat laporan bahawa anaknya telah diculik di Balai Polis Sidhauli kelmarin. 

“Sanjeev menuduh empat orang jirannya dan mendakwa mangsa yang dikenali sebagai Gaurav, diculik oleh mereka ketika pulang dari pasar. 

“Penguasa Polis, Ashok Kumar Meena membentuk pasukan untuk menyelamatkan mangsa. Semasa proses itu, suspek turut disoal siasat sebelum memberitahu polis bahawa dia menolak anaknya dari jambatan di sungai Khannaut,” kata Manoj.

Pada Isnin lalu, mangsa dikatakan bergaduh dengan seorang kanak-kanak lain, Ayush yang berusia 6 tahun. Dia tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

“Isteri suspek kemudian pergi ke rumah Ayush untuk menyelesaikan masalah itu tetapi pergaduhan berlaku antara keluarga.

“Berang dengan penghinaan diterima, si isteri meminta suspek untuk membalas dendam. Ia  menyebabkan dia merancang untuk memerangkap jirannya tetapi kehilangan anak sendiri,” tambahnya.

Mayat mangsa ditemukan di sungai Khannaut semalam, manakala suspek ditahan di jel. – AGENSI 

Tiada ulasan: