"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai polis ulang penafian ‘bukan isteri MB’

Sanusi cakap berjaya ‘tangkap’, pegawai polis pula ulang ‘bukan isteri MB’

Harapandaily
 
Seorang pegawai polis wanita berparas cantik menarik perhatian orang ramai ketika heboh diperkatakan mengenai Menteri Besar Kedah yang berkahwin lagi.

“Bukan isteri MB,” tertera pada profil pengguna TikTok berkenaan selain status “masih bujang”.

Beliau yang mempunyai lebih 22,000 pengikut juga mengulangi penegasan sama mengenai dirinya yang belum bersuami dalam satu rakaman video ringkas.

“Yang penting bukan bini MB,” tulis pegawai yang difahamkan berpangkat Deputi Superintendan Polis (DSP) itu diikuti emoji 🫣

Semalam, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Kerajaan 4 Negeri (SG4) di Bandar Baru Bangi, Selangor mengaku telah ‘menangkap’ wanita yang hendak menangkap beliau.

“…Hampir ditangkap. Alhamdulillah, saya berjaya menangkap orang yang hendak menangkap saya,” katanya berseloroh diikuti ketawa tanpa henti.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri kemudian menyambung ucapan itu dengan menyoal hadirin di hadapannya, “ada faham?” sebelum menyambung ketawanya lagi.

Sebelum ini, tular desas-desus mengatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkahwin dengan pegawai penyiasat kes berhubung kes kecurian unsur nadir bumi (REE).

Tiada ulasan: