MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
SEPANG – Seorang selebriti lelaki tempatan berusia 41 tahun ditahan bersama dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram di sebuah rumah teres di Cyberjaya dekat sini petang tadi.
Dalam serbuan kira-kira pukul 3.10 petang itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menemui dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC), namun tidak mempunyai sabitan rekod lampau.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan