"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

1 maut, 5 termasuk bayi parah dalam kemalangan di Batu Pahat

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba membantu mangsa kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Ayer Hitam-Kluang. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba membantu mangsa kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Ayer Hitam-Kluang. FOTO Ihsan JBPM
Batu Pahat: Seorang maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah wanita dewasa yang tersepit dalam kereta Proton Saga BLM manakala empat termasuk bayi lelaki dalam kenderaan itu parah dalam kemalangan sekitar jam 10 malam.

Pemandu kenderaan ulititi sukan (SUV) Toyota Avanza iaitu lelaki dewasa juga mengalami kecederaan parah namun identiti kesemua mangsa masih belum diketahui.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Isyadi Dani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.14 malam sebelum menggerakkan enam anggota ke lokasi.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati berlaku impak kuat dalam kemalangan terbabit yang menyebabkan salah seorang mangsa tersepit dalam Proton Saga BLM.

"Disebabkan itu, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan tersepit manakala mangsa cedera diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

"Mangsa yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan diserah kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya, jam 11.57 malam." katanya.

Tiada ulasan: