Bernama
Mangsa berusia 31 tahun ditemukan tersepit dalam kereta dipandu.

Anggota bomba guna peralatan khas kemalangan jalan raya untuk mengeluarkan mangsa. (Gambar JBPM)
SIBU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandu dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Long Tuma, Lawas, petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, memaklumkan mangsa, Bili Muli, 31, ditemukan tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Lawas.
“Bomba menerima panggilan kejadian pada 4.55 petang. Enam anggota Balai Bomba Lawas beserta jentera tiba di lokasi yang jaraknya lapan kilometer dari balai bomba itu pada 5.03 petang,” menurut PGO.
Mangsa dikeluarkan dari kenderaan itu menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) bagi memudahkan kerja pemotongan kenderaan.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.45 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan