"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pusat pelacuran 24 jam, 112 wanita warga asing ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seramai 139 warga asing dicekup dalam serbuan terhadap 13 premis disyaki menjadi pusat maksiat dan pelacuran dalam operasi dilaksanakan imigresen di sekitar ibu negara, hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen, Basri Othman, berkata operasi bermula 11.30 pagi itu menumpukan kawasan tumpuan warga asing, iaitu Jalan Petaling, Jalan Imbi, dan Jalan Pudu dengan keseluruhan 205 individu diperiksa.

Katanya, siasatan mendapati premis terlibat beroperasi 24 jam sehari menerusi dua syif, iaitu dari 6 pagi hingga 6 petang dan bersambung keesokannya dengan pelanggan boleh datang secara terus tanpa perlu membuat tempahan.

Basri berkata, perkhidmatan itu ditawarkan pada harga serendah RM60 kepada pelanggan warga asing dan tempatan, dengan wanita tersebut hanya bekerja di situ, manakala tempat tinggal disewa di lokasi lain.

“Warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan terdiri daripada 27 lelaki serta 112 wanita berusia antara 20 hingga 65 tahun dan berasal dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh, India, Nepal, dan Sri Lanka.

“Selain itu 20 lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki kapten atau penjaga premis,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis berkenaan mengubah suai struktur bangunan dengan membina dinding pemisah secara haram.

Dalam serbuan berkenaan, sebuah kereta Nissan Latio dipandu dan membawa penumpang warga asing juga cuba melarikan diri di Jalan Petaling, namun dipintas pasukan operasi.

Semua ditahan dibawa ke Depoh Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Beranang, dan Semenyih untuk tindakan lanjut.

Tiada ulasan: