"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis mabuk lepaskan tembakan, ugut pelanggan di sebuah kedai serbaneka

KOSMO
Madlang-awa kini ditahan oleh pihak polis. - Facebook
MANILA – Seorang anggota polis dalam keadaan mabuk dirakam mengugut pelanggan dan lepaskan tembakan di sebuah kedai serbaneka di Quezon, Filipina, lapor porta berita Must Share News semalam.

Menurut media tempatan, anggota polis peronda bernama Rodolfo Avila Madlang-awa, 30, singgah ke kedai serbaneka tersebut pukul 2 pagi (waktu tempatan) untuk membeli ais.

Tanpa disangka, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan mula melepaskan tembakan rambang.

Madlang-awa turut mengacukan pistol ke arah seorang pelajar berusia 20 tahun yang datang ke kedai tersebut untuk membeli rokok.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis oleh saudara lelakinya. Dia berdepan pelbagai pertuduhan jenayah termasuk peras ugut, mendatangkan  kecederaan fizikal dan melepaskan tembakan secara haram. – AGENSI

Tiada ulasan: