Buletin TV3

TEBING BARAT: Wartawan CNN yang berpangkalan di Baitulmaqdis, Jeremy Diamond melaporkan beliau dan rakan kerjanya diserang oleh pendatang haram Yahudi ketika membuat liputan mengenai pembunuhan seorang warga Amerika Syarikat di Tebing Barat minggu ini.
Diamond berada di wilayah itu untuk menemu bual bapa kepada Saif Musallet, pemuda berusia 20 tahun yang juga salah seorang daripada dua lelaki yang dibunuh oleh pendatang haram Yahudi pada Jumaat lalu.
“Semasa kami melaporkan kisah ini, saya dan rakan kerja saya diserang oleh pendatang. Cermin belakang kenderaan kami dipecahkan, tetapi kami berjaya melarikan diri tanpa sebarang kecederaan,” tulisnya di platform X.
“Ini hanyalah sebahagian kecil daripada realiti yang dihadapi ramai rakyat Palestin di Tebing Barat ketika keganasan oleh pendatang terus meningkat.” – AL JAZEERA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan