Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my

KAPTEN kedua-dua pasukan bergambar sebelum perlawanan. FOTO Johor Southern Tigers
Kuala Lumpur: Rekod cemerlang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi pra musim di Sepanyol lebur apabila tewas buat pertama kali dalam lima perlawanan dilalui.
Skuad kendalian Xisco Munoz tumbang 0-1 di tangan Valencia Mestalla, awal pagi tadi sekali gus memberi pengendali baharu JDT itu gambaran sebenar tentang kekuatan dan kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum saingan Liga Malaysia bermula bulan depan.
Terdahulu, jaringan tunggal pemain berusia 17 tahun, Jaume Dura pada minit ke-25 sudah memadai buat Valencia Mestalla memastikan kemenangan ke atas Harimau Selatan.
Dalam empat perlawanan persahabatan sebelum ini, JDT yang kini diperkuatkan empat bintang warisan baharu negara, Hector Hevel, Jon Irazabal, João Figueiredo dan Nacho Mendez memperoleh markah lulus apabila catatkan dua kemenangan dan dua seri.
Sebelum ini, JDT membuka pra musim dengan langkah kanan selepas membelasah Real Murcia Imperial 4-0 disusuli menang 1-0 ke atas Costa City diikuti keputusan seri 2-2 dengan kelab Inggeris, Cardif City dan terikat tanpa jaringan dengan pendatang baharu La Liga, Levante.
Selepas ini, Harimau Selatan akan menerusi aksi pra musim bertemu dengan kelab Arab, dua pasukan Qatar, Al Rayyan SC, hari ini, Al Arabi SC (Sabtu) dan kelab Arab Saudi Riyadh SC (21 Julai).
Dalam kempen Liga Super, JDT dijadualkan menentang Selangor bagi merebut Piala Sumbangsih Stadium Sultan Ibrahim pada 8 Ogos nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan