"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apabila syaitan hulurkan salam

Mohd Rashidi Hassan 
Dalam tempoh seminggu yang lalu, Umno-Barisan Nasional cuba untuk mendapatkan momentum dengan memainkan pelbagai isu bagi melaga-lagakan Pakatan Rakyat, khususnya dalam isu hudud. Sebelum itu, dalam bulan Ramadan mereka memainkan isu air di Selangor.

Sehari dua ini, Umno melalui akhbar Utusan Malaysia miliknya, cuba untuk menghangatkan dalaman PAS, dengan memainkan sokongan ulama PAS terhadap bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Namun, kita percaya kepimpinan dan ahli-ahli PAS cukup matang untuk menilai dan memperhalusi propaganda jahat Umno melalui Utusan, barang dijauhkan kita daripada tempias fitnah mereka.

Apa jua propaganda dan adu domba yang cuba dimainkan Umno, malangnya mereka terperangkap dengan pengakuan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memperakui bahawa Umno-BN tergolong dalam kelompok 'syaitan yang dikenali.'

Di dalam al-Quran, memang disebut Allah dengan jelas ayat 'hizbus syayatin' atau parti syaitan yang bertentangan dengan 'hizbullah' (parti Allah).

Namun PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat, tidak pernah menuduh Umno-BN syaitan. Kami pun tidak pernah mengakui kami ini malaikat.

Justeru, tuduhan itu tidak datang dari kelompok kami. Mengakui diri sendiri atau parti sendiri sebagai syaitan adalah pengakuan bertulis dan kenyataan memperkukuhkan tulisan, secara sedar oleh Dr Mahathir sendiri.

Habis tinggi pun, ada buku yang mengaitkan Umno-BN sebagai 'Shit' seperti karya Sasterawan, Dato' Shahnon Ahmad dan cerpen 'Maharaja Beruk' tulisan Yahya Ismail.

Pengakuan Dr Mahathir ini, khabarnya amat mengejutkan PM, Dato' Seri Najib Tun Razak dan seluruh anggota Majlis Tertinggi Umno. Malah seluruh ahli Umno terkedu dan terdiam, kerana Dr Mahathir yang disanjungi sebagai 'godfather' mereka, mantan ketua Umno yang paling lama dalam sejarah Malaysia, iaitu lebih 22 tahun, mengakui bahawa mereka adalah parti syaitan.

Dr Mahathir, merupakan faktor dominan yang menindoktrinasi Umno-BN. Kata-kata beliau dianggap sebagai 'keramat' bagi sesetengah anggota Umno yang taksub. Hari ini, Dr Mahathir mengemukakan doktrin syaitan lebih baik daripada malaikat dan syaitan itu adalah Umno-BN. Siapa dalam Umno yang hendak lawan hujah mantan Presiden mereka?

Ada rakan-rakan Umno mengeluh kerana bagi mereka, kenyataan Dr Mahathir 'backfire' kepada Umno-BN dan menjejaskan perancangan Najib untuk membubarkan Parlimen.

Kerana, menurut sumber Jabatan Perdana Menteri, sudah ada cadangan kukuh untuk dibubarkan Parlimen minggu lepas, cukup masa yang diperlukan, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum diadakan sebelum umat Islam berangkat menunaikan ibadah haji.

Namun semua perancangan tergendala kerana pada anggapan Najib, Dr Mahathir 'bikin rosak ana punya program'. Ada kemungkinan mantan PM itu sengaja membuat pasal, kerana beliau sendiri yang menggesa Najib, memerintah sampai habis penggal, iaitu hingga Mac depan. Dalam erti kata lain, pada beliau jika dibuat PRU sekarang, BN gelap masa depan.

Tetapi pada orang Umno, bukan soal bubar Parlimen atau tidak, semata-mata. Soalnya, mantan PM itu lebih banyak bercakap dari Najib. Sama ada cakapnya 'lebih celupar' sehingga banyak menjejaskan Umno atau mungkin dia sudah semakin merepek, akibat faktor usia yang agak lanjut.

Apa pun pada kita, Dr Mahathir itu Umno dan kenyataannya refleks kepada pegangan dan masa depan Umno. Banyak usaha yang dibuat Umno untuk menarik PAS berkawan dengannya. Banyak usaha Umno, mengajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat. Sehingga terpacul kenyataan Dr Mahathir, mengajak PAS bekerjasama dengan Umno untuk memperjuangkan isu hudud.

Kita tidak harus mempertikaikan keikhlasan mana-mana pihak untuk bersatu padu dan berkawan untuk kebaikan. Islam sendiri pun mengarahkan kita bersatu padu pada jalan Allah dan jangan sesekali berpecah belah. Malah Islam melarang kita mengetepikan sebarang usaha murni ke arah perpaduan dan silaturrahim.

Namun, dalam konteks politik hari ini, apakah salam persaudaraan dari parti yang mengaku diri mereka sebagai syaitan, wajar kita terima dan pertimbangkan?

Seperti yang tercatat pada sirah Nabi Isa a.s. Walaupun berbalas ucapan salam itu mendapat pahala, baginda enggan menjawab salam, kerana salam itu datangnya dari makhluk yang jahat seperti syaitan.

Justeru, kita bagaimana?

Kisah lebih serius di sebalik foto bogel Harry

Kisah lebih serius di sebalik foto bogel HarryLAS VEGAS: Putera Harry mungkin menyangka kes di Vegas sudah dilupakan ketika dia cuba menjarakkan dirinya setibanya di Britain.

Namun, satu sumber mendakwa foto bogel “strip billiard” putera itu tiada apa dibandingkan dengan keseluruhan kisah di sebaliknya.

Satu kenyataan sumber tidak dikenali yang digunakan oleh penulis blog selebriti Norm Clark di laman gosipnya, berkata: “Sesuatu yang lebih besar terbabit sama; sesuatu yang lebih serius daripada strip billiard.” Dakwaan itu adalah yang terbaru dalam pendedahan yang mencemari imej pewaris ketiga takhta diraja Inggeris terbabit.

Pihak istana tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan terbaru itu.

Selepas foto bogelnya muncul minggu lalu dari parti peribadi di sebuah bilik hotel di Las Vegas, Harry menutup akaun Facebooknya, yang digunakan dengan nama samaran Spike Wells.
-Agensi-

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Sabah

Mohd Sayuti Omar
Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.
Najib Razak: Sering kahusan.
Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.

Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.

Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan.

Bagi rakyat umum pula wang dan segala macam pemberian oleh kerajaan diambil tetapi mereka tidak membuat jaminan dan menunjukkan komited untuk bersama Najib mempertahankan kerajaan UBN.

Di sini saya tidak mahu membuat perkiraan apakah Najib berjaya mengekalkan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tertapi saya ingin bertanya secara bodoh apakah Najib berjaya untuk menghalang kebangkitan rakyat di Sabah. Esok khabarnya Najib akan ke Sarawak dalam siri perjumpaan dan sambutan hari kemerdekaan dalam rangka untuk memujuk rakyat Malaysia Timur untuk terus bersama BN.

Gelora yang menimpa Sabah kini tidak dapat ditutup lagi. Kalau ia laksana buah ranum dan berbau, baunya sudah merayap ke segenap ruang dan menyendak lubang hidung. Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini jelas menunjukkan Najib tidak ada kuasa hikmat untuk membendungkan kebencian rakyat Sabah kepada UBN dan menyekat rasa ingin lari mereka dari BN. Tindakan diambil beberapa tokoh Umno negeri itu yang meninggalkan BN menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepada Najib. Perkembangan itulah menjadikan Najib seakan sudah kehilangan sebiji telor!

Penyemberangan dan tindakan meninggalkan BN oleh beberapa tokoh rakyat di Sabah bukan saja terhenti setakat itu saja tetapi ia terus berlaku sehingga tiba pilihan raya. 15 dan 16 September nanti Anwar Ibrahim akan ke Sarawak dan Sabah sekali lagi. Di sana nanti ada beberapa kejutan yang bakal membelalakkan anak mata Najib termasuk sesuatu tindakan di luar dugaan. Mungkin untuk dibayangkan impi dan angan 16 September akan menjelma menjadi kenyataan ia agak melampau tetapi kejadian itu tidak mustahil? Dinasihatkan Najib menyedari perkara ini sedalam-dalamnya.

Jadi kalau arus kebangkitan rakyat Sabah gagal untuk Najib menghalangnya macam pula dengan arus perubahan yang berlaku di Semenanjung khasnya di kalangan anak-anak muda dan juga orang Cina. Gambaran pada himpunan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, Shah Alam dan juga KLCC malam semalam mengisyaratkan apa yang sedang bergerak dari bawah kini. Kehadiran orang ramai yang tidak dibayar atau dimobilisasi oleh mana-mana pihak ke himpunan itu dengan membawa aspirasi mereka sendiri mahukan perubahan memberi amaran awal kepada Najib untuk melihat kemarakan api perubahan.

Silalah Najib sekat dan halang jalan ke Putrajaya. Silakan... Lakukan apa saja. Sekatlah dari semua penjuru. Angin perubahan yang melanda dan mengerisik di dalam diri rakyat muasir ini menyebabkan Najib dan BN tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini Najib hanya bola berdoa saja tanpa boleh melakukan sesuatu yang lebih bererti dari itu.

Sebaliknya kalau Najib terus degil dan cuba menghalang jalan ke Putrajaya menyekat ombak kebangkitan dan kemaraan rakyat, maka sejarah baru akan dicatat di negara ini, sejarah bagaimana seorang perdana menteri akan jatuh terlentang di atas jalan kerana dirempuh rakyat yang 'ising' kepada sebuah perubahan dan mahu melenyapkan sebuah kerajaan yang bagi mereka menyemakkan mata memandang.