"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video: Mungkin inilah ucapan membawa penahanan Dato husam Musa

Anak Muda Terus Berhimpun, dan Tidak Pulang Sehingga SPR Undur!

Himpunan di Padang Merbuk masih lagi diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan masing-masing.
Sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit.

Kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbuk dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup. Juga akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Ustaz Marzukh (MP Bachok), Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul PSM, che'GuBard dan ramai lagi.

Satu sidang media juga akan diadakan pada jam 9.30 malam ini di kawasan tapak perkhemahan Padang Merbuk. Semua wartawan dijemput untuk membuat liputan.

Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini, Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Ni dia kroni terbaru Najib dan Rosmah

A Kadir Jasin
TIDAK sampai dua bulan selepas Barisan Nasional menang tipis dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei, seorang lagi putera mahkota sektor korporat dinobatkan.Bukan alang kepalang nobatnya. Pada 1 Jun dia dijadikan Tan Sri dan pada 8 Jun dia muncul sebagai taikun baru dunia penyiaran Malaysia.

Mohd Najib dan Eswaran di majlis pelancaran ABNxcess
Dia tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, yang pada 8 Jun melancarkan saluran televisyen kabel digital bernama ABNxcess dengan mengisytiharkan yang ia akan membantu menyempitkan jurang digital antara masyarakat Malaysia.

Dengan lesen yang diberikan oleh Suruhanjaya Multimedia dan Telekomunikasi itu, ABNxcess berpotensi melancarkan sehingga 500 saluran TV kabel digital – mengatasi berkali-kali ganda apa yang kini ditawarkan oleh Astro milik T. Ananda Krishnan dan HyppTv milik Telekom Malaysia Berhad (TM).

Daripada Pemandu Kepada Tuan

Orang istimewa itu adalah K.K. Eswaran yang sehingga baru-baru ini lebih dikenali umum oleh kalangan korporat dan politik sebagai Kenneth Eswaran.
Eswaran: Daripada pekerja kepada tauke
Tidak banyak orang di luar dunia korporat dan politik kenal Eswaran. Tetapi sesiapa saja yang mengenali isi rumah Mohd Najib dari dekat pasti tidak akan terlepas pandang siapa Eswaran. Keakrabannya dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor adalah luar biasa dan bukan rahsia lagi.

Dalam masa yang singkat dia naik dalam dunia perniagaan dan dipilih menjadi Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia. Dia adalah antara pelopor pekan “Little India” di Brickfields, Kuala Lumpur.

Sesiapa saja yang kenal dan menyaksikan transformasi Eswaran sejak pembunuhan kejam majikannya, Francis Clement D’cruz di Johor Baru pada tahun 2003, tentu takjub dan teruja.

Apa yang dia lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz.

Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap.

Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah.

(Saya membilang beliau sebagai antara penyokong Mohd Najib yang hadir di rumahnya di Pekan pada hari penamaan calon PRU 2008).

Dapat Pinjaman RM500 Juta

Eswaran melancarkan rangkaian TV kabel itu dengan menggunakan syarikat bernama Asian Broadcasting Network (ABN) yang dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri) Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus).

Jentera korporat utama Eswaran ialah Pinehill Pacific Berhad, sebuah syarikat perladangan berukuran kecil, yang asalnya Benta Rubber Estates Ltd dan pada 1971 ditukar menjadi Benta Plantations Berhad serta disenaraikan di Bursa Malaysia.

Pada tahun 2011, Pinehill mencatatkan perdagangan bernilai RM50.3 juta dan keuntungan RM4.1 juta. Tiga tahun berturut-turut sebelum itu ia mengalami kerugian.

Dalam dunia korporat, penanda aras nilai dan keyakinan pasaran terhadap seseorang usahawan adalah kesediaan bank memberi pinjaman kepadanya.

Dalam kes Eswaran dan ABNxcess, media massa telah melaporkan yang Bank Pembangunan memberi pinjaman sebanyak RM500 juta. Sumber-sumber perbankan berkata, itu adalah had maksimum yang boleh diberikan kepada seseorang peminjam. Wallahualam.