"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Muda Terus Berhimpun, dan Tidak Pulang Sehingga SPR Undur!

Himpunan di Padang Merbuk masih lagi diteruskan dan masih ramai yang tidak akan pulang selagi 7 anggota tertinggi SPR tidak melepaskan jawatan masing-masing.
Sehingga jam 7 petang tadi, hampir 100 buah khemah telah dinaikkan sedikit demi sedikit.

Kelihatan juga bukan sahaja khemah dari kumpulan NGO #SuaraRakyat505, tetapi terdapat banyak lagi khemah datangnya dari orang ramai yang menyokong perhimpunan lebih dari sehari ini.

Dijangka ramai yang kembali memenuhi Padang Merbuk dengan persiapan dan kelengkapan yang cukup. Juga akan bersama sepanjang malam ini adalah termasuk YB Tian Chua, YB Ustaz Marzukh (MP Bachok), Isham Rais, Haris Ibrahim, Arul PSM, che'GuBard dan ramai lagi.

Satu sidang media juga akan diadakan pada jam 9.30 malam ini di kawasan tapak perkhemahan Padang Merbuk. Semua wartawan dijemput untuk membuat liputan.

Ayuh bersama, kita mampu menjadikan kelainan untuk kali ini, Pulang hanya bila menang, anak muda mencipta sejarah. Biarlah malam ini menjadi satu permulaan yang hebat!

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tiada ulasan: