"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Erdogan enggan bicara dengan ElBaradei

Zainal Abidin Nor 
Akhbar harian Turki, Zaman melaporkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan enggan berbicara dengan Naib Presiden Mohamed ElBaradei dari Mesir apabila beliau menawarkan diri untuk mengadakan rundingan dengan Turki.
Sebaliknya Erdogan menempelak ElBaradei dengan mengatakan beliau bukan dilantik ke jawatan itu secara sah tetapi pelantikannya adalah hasil dari rampasan kuasa tentera.

Kata Erdogan, beliau menerima sepucuk surat dari ElBaradei memohon diadakan perbualan telefon berikutan kritikan keras beliau terhadap rampasan kuasa oleh pasukan tentera di Mesir.

“Kenapa saya perlu bercakap dengan awak? Awak bukan (naib presiden) yang dilantik. Awak seorang naib presiden yang dilantik hasil dari kudeta tentera,” kata Erdogan merujuk kepada ElBaradei pada satu majlis di Ankara.

ElBaradei, bekas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), dilantik sebagai naib presiden Mesir untuk hubungan luar selepas tentera mengguling Presiden Dr Mohamed Morsi pada 3 Julai lalu dan mengisytiharkan ketua hakim mahkamah perlembagaan, Adli Mansour sebagai presiden sementara.

Sikap Erdogan ini berbeza dengan sikap kebanyakan pemimpin Arab yang lain yang merestui tindakan tentera Mesir menggulingkan Morsi dari parti Ikhwanul Muslimin. Para pemimpin negara Arab, terutama Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu dan Jordan menyatakan sokongan secara terang-terangan menyokong tindakan tentera Mesir itu.

Malahan bantuan kewangan berjumlah ratusan juta dolar dari negara-negara tersebut datang mencurah-curah bagi menandakan sokongan mereka. Negara-negara Arab ini jugalah yang menyemarakkan api peperangan saudara di Syria dengan membiayai para pemberontak di negara itu.

Dengan berselindung di sebalik imej Islam, mereka inilah yang sebenarnya bekerja untuk Amerika Syarikat dan Israel bagi mengucar-kacirkan rantau Afrika Utara dan Timur Tengah demi kepentingan kedudukan mereka untuk terus menerajui kerajaan dan merampok harta kekayaan milik negara.

Kestabilan politik Mesir dan hasrat kerajaan pimpinan Morsi untuk melaksanakan syariat Islam menjadi ancaman terbesar kepada negara haram Israel. Maka sebab itu, apabila kerajaan Morsi ditumbangkan maka arahan pertama dari Israel ialah agar tentera Mesir merobohkan terowong bawah tanah ke Gaza dan menutup pintu Rafah.

Terowong bawah tanah ini merupakan urat nadi atau ‘nyawa’ bagi para penduduk Gaza untuk berhubung dengan dunia luar kerana melalui terowong-terowong ini segala bentuk bantuan terutama keperluan makanan disalurkan.

Tindakan jahat, khianat

Tindakan tentera meroboh dan menutup terowong-terowong ini adalah satu tindakan jahat dan khianat terhadap umat Islam dan rakyatnya sendiri serta sekali gus penduduk Palestin di Gaza terkurung dan terpenjara dalam negara mereka sendiri.

Dalam pada itu, tentera Mesir akan terus menangkap dan menahan para pemimpin Ikhwan dan para penyokongnya sehingga kebangkitan rakyat di negara itu dihampuskan atau kembali reda. Mereka melakukan kekejaman ini untuk memenuhi nafsu tuan-tuan mereka, Amerika dan Israel.

Tetapi rakyat Mesir yang memilih Ikhwan Muslimin untuk menerajui kerajaan melalui pilihan raya baru-baru ini dalam sistem demokrasi yang adil terus menganjurkan demonstrasi secara besar-besaran agar kerajaan tentera mengembalikan kuasa kepada Morsi.

Penggulingan Morsi melalui kudeta tentera merupakan satu contoh di mana sistem demokrasi diperkotak-katikkan dan hanya menjadi alat untuk Barat dan Amerika untuk menguasai dunia Islam yang kaya dengan minyak itu.

Jika sistem demokrasi itu tidak memihak dan menguntungkan mereka maka mereka akan berusaha untuk menggulingkan kerajaan pilihan rakyat. Dalam kes Mesir, kononnya Morsi tidak pandai mentadbir pada hal beliau hanya setahun menjadi presiden.

Rampasan kuasa tentera juga pernah berlaku di Algeria apabila pilihan raya presiden itu memihak kepada parti Islam FIS di mana Ali Benhaj dipilih sebagai presiden dan dengan bantuan Perancis kerajaan pilihan rakyat itu digulingkan.

Erdogan mungkin satu-satunya pemimpin Arab yang tinggal, selain Mahmud Ahmedinejad dari Iran yang berbangsa Parsi, yang secara berani dan lantang mengkritik dan menentang Barat dan sekutu-sekutunya.

Keberanian Erdogan jelas kita lihat apabila beliau menempelak Presiden Israel, Simon Peres dalam satu forum ekonomi di Geneva berhubung tindakan tentera Israel menyerang kapal Flotila yang membawa bantuan kemanusiaan untuk para penduduk Palestin dan Gaza.

Di samping mengkritik ElBaradei, Erdogan juga mengkritik Barat sebagai tidak mempunyai pendirian dan harga diri untuk mengecam apa yang berlaku di Mesir.

Sudah tentu kita mahu melihat lebih ramai lagi para pemimpin Arab untuk terus tampil dan dengan berani mempertahankan kedaulatan dan maruah negara-negara masing-masing dari terus dihina dan dihinjak-hinjak oleh kuasa Barat dan sekutunya.

Peguam Negara jangan aniaya Najib?

Shahbudin Husin

Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam.

Antara yang tersohor agar diambil tindakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah dan Zulkifli Noordin yang didapati mempersenda penganut agama Hindu dengan mengejek tuhan agama itu tidak mempunyai kuasa walau untuk menghalang banjir sekali pun.

Sementara semua rakyat berbilang kaum dan agama mengalu-alukan tindakan tegas dan pantas yang diambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian, rakyat juga sebenarnya mengharapkan tindakan yang serupa seharusnya diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli. Walaupun penghinaan yang dilakukan oleh Ibrahim dan Zulkifli mungkin tidak seserius dan seberat yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian tetapi penghinaan walau dalam apa bentuk dan cara sekali pun, tetap merupakan penghinaan dan tidak boleh diterima sama-sekali.
Lebih-lebih lagi Ibrahim dan Zulkifli adalah "public figure" yang dikenali ramai dan mempunyai banyak pengikut, sudah tentu perbuatan mereka itu boleh mempengaruhi ramai orang.

Dalam hal ini, ketegasan Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi semalam yang memberi amaran akan mengambil tindakan tegas kepada sesiapa saja dan yang menghina agama apa pun, seharusnya dibuktikan dengan perbuatan dan bukan sekadar amaran semata-mata.

Ini kerana mengambil tindakan yang menyeluruh dan sama rata bukan saja mencerminkan keadilan Islam yang menjadi agama rasmi negara tetapi juga mampu menyerlahkan cantiknya wajah Islam sendiri di mata rakyat pelbagai kaum. Dalam hal ini, Najib yang merupakan Perdana Menteri mempunyai tugas yang amat penting untuk memperlihatkan wajah Islam yang sebenar dan kepimpinannya yang adil itu kepada umum, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Kegagalan mengambil tindakan yang tegas dan menyeluruh kepada semua kelompok yang didapati menghina agama akan memperlihatkan cacatnya Islam yang diamalkan di negara ini dan juga menampakkan kegagalan Najib sebagai pemimpin yang beragama Islam.

Desakan pelbagai pihak juga membuatkan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar bersuara bahawa siasatan terhadap Zulkifli sudah dilakukan oleh pihak polis dan telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi diberi respon NFA atau "no further action" (tiada tindakan lanjut) manakala bagi kes Ibrahim juga siasatan sudah dibuat tetapi tiada jawapan diberikan oleh Peguam Negara sehingga kini.

Dalam hal ini, maknanya pihak polis sudah menjalankan tanggungjawabnya, cuma Peguam Negara yang tidak melaksanakannya.

Soalnya kenapa kes itu NFA dan senyap? Apakah penilaian Peguam Negara berdasarkan keadilan sejagat atau kerana faktor-faktor lain?

Jika Peguam Negara boleh bertindak begitu tegas terhadap pasangan Alvin dan Vivian sehingga mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan terpaksa bermalam di Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang, walaupun kesalahan hanyalah di bawah akta SKMM dan Akta Hasutan, tidak ada sebab sebenarnya sebarang tindakan, walaupun lebih ringan, tidak boleh diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli.

Penghinaan Zulkifli terhadap agama Hindu sudah dilakukan 10 tahun yang lalu dan baru didedahkan dua atau tiga tahun yang lalu, sementara kes Ibrahim mahu membakar kitab Injil pula berlaku setahun yang lalu. Sekiranya Peguam Negara dapat bertindak tegas lebih awal ke atas kedua-dua kes ini, mungkin penghinaan Alvin dan Vivian kepada Islam tidak muncul.

Keberanian dan kebiadapan mereka melakukan penghinaan kepada agama lain ialah kerana mereka melihat orang lain juga bebas melakukan perkara yang sama sebelum ini dan tidak diambil apa-apa tindakan.

Dalam usaha menegakkan keadilan dan menunjukkan kemurnian Islam itu sendiri, Peguam Negara tidak seharusnya bertindak memilih bulu. Tindakan harus sama rata dan menyeluruh, barulah semua orang takut untuk melakukannya.

Sekiranya Jabatan Peguam Negara dan Peguam Negara, Gani Patail asyik dengan NFA saja dalam banyak cara kerjanya, terutama dalam kes-kes seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin, tindakan beliau akan dilihat seperti menganiaya Perdana Menteri dan kepimpinan politik yang sentiasa cuba mewujudkan keharmonian kaum dan agama serta mahu melihat hubungan kaum kekal harmoni dan aman sepanjang masa.

Kepimpinan politik dan kerajaan sepanjang masa bercakap tentang keadilan Islam dan sikap kerajaan yang tidak memilih bulu walau melibatkan apa kaum dan agama sekali pun, namun banyak perkara tersekat apabila sampai ke Jabatan Peguam Negara.

Lainlah jika Peguam Negara memang mahu menyusahkan Perdana Menteri dan orang-orang politik. 
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Bayi Bermata Satu Telah Lahir Di Israel | Petanda Besar Kiamat?

Laman CikguCyber
Oleh QUE ACHMAD

Bayi BERMATA SATU Telah Lahir Di Israel | PETANDA BESAR KIAMAT? | Adakah ini DAJJAL? Suatu masa dahulu, kita digemparkan dengan bayi lahir bermata satu, yang disebut-sebutkan sebagai dajjal di Israel. Tetapi adakah benar yang lahir itu dajjal?? Adakah kita pasti bayi itu dajjal?

Telah lahir bayi bermata satu di Israel diantara orang Yahudi yang disebut-sebut sebagai DAJJAL. Dajjal adalah seorang muda yang berkulit merah, pendek, berambut keriting, dahinya lebar, pundaknya bidang, matanya yang sebelah kanan buta, dan matanya ini tidak menonjol keluar juga tidak tenggelam, seolah-oleh buah anggur yang masak (tak bercahaya) dan matanya sebelah kiri ditumbuhi daging yang tebal pada sudutnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Di antara kedua matanya terdapat tulisan huruf kaf, fa’, ra’ secara terpisah, atau tulisan “kafir” secara bersambung / berangkai, yang dapat dibaca oleh setiap muslim yang boleh menulis mahupun yang tidak boleh menulis. Dan di antara tandanya lagi ialah mandul, tidak punya anak.
Disebutkan bahwa dajjal memiliki dua mata, matanya yang sebelah kanan buta. Jadi bukan satu. Bayi ini bukanlah dajjal seperti yang diperkatakan banyak orang.
Bayi tersebut dilahirkan dengan hanya memiliki satu mata dan tanpa hidung. Kakitangan perubatan yang membantunya lahir percaya bahawa keadaan bayi itu disebabkan oleh ubat eksperimen anti kanser. Penyebab lain ditulis dalam laporan hospital itu adalah boleh juga merupakan hasil dari kelainan kromosom. Bayi perempuan itu didiagnosis mengalami kelainan kromosom yang jarang, yang disebut cyclopia. Dia dilahirkan dengan satu mata di tengah kepala bahagian depan, tidak memiliki hidung, dan otaknya berkumpul dalam satu belahan saja. Dengan segala kelainan ini, sungguh suatu mukjizat jika bayi perempuan ini boleh bertahan hidup. Bayi malang ini akhirnya meninggal beberapa hari kemudian.
Mengenai dajjal sendiri, dia memang sudah ada, hanya kemunculannya mendekati kiamat. Dia hidup lama sekali. Umurnya sekitar ratusan tahun. Kepada semua saudara Islamku, marilah kita perkuatkan iman dan kepercayaan kita kepada Allah swt agar kita kembali ke jalan-Nya. Kadang kala kita alpa serta lalai. Jadi ingatlah yang akan menolong kita di hari akhir nanti, yakni di hari penghakiman hanya Allah.

Setiap kejadian itu pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmah disebaliknya. Apa-apa pun,kita hendaklah kembali kepada Allah yang satu.

sumber: Kopi Lekat
______