"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Tabung Haji : Adakah Ulama' Upahan Umno Ini Masih Hidup Atau Tidak ?

Tranungkite
Jangan Bersangka Buruk beb bila gua AJUKAN pertanyaan diatas kat lu orang... bukan apa saja gua nak tahu sama ada Ulama'-Ulama' UPAHAN Umno diatas masih Hidup atau Sudah Jalan, kebiasaan nya apabila ada Permasalahan yang berkaitan dengan Umno dan Umat Islam maka Ulama' diatas lah diantara Ulama' yang akan memberi Ulusan sama ada di TV3/4 atau pun di Utusan Meloya.

Tetapi setelah hampir 3 hari ISU berkaitan Tabung Haji (TH) TERBONGKAR namun tiada gua dengar apa-apa pun Kenyataan dari Mulut Longkang Ulama' Upahan Umno diatas, PELIK BIN AJAIB juga beb kerana Isu TH adalah Isu yang membabitkan Orang Islam atau pun Orang Melayu seperti kata Pemimpin-Pemimpin Umno bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.

Andai kata Ulama'-Ulama' Upahan Umno diatas masih Hidup cuba gak lu orang RISIK-RISIK, kat Planet mana Ulama'-Ulama' Upahan Umno tu sekarang ni tengah Berdakwah, sebab apa jika masih berada dan Berdakwah di Planet Bumi tak mungkin Ulama'-Ulama' Pewaris Nabi tersebut akan MEMBISU SERIBU BAHASA bila mendengar TH DIPERKOSA dengan RAKUS... kah kah kah !.

Atau dia orang sekarang ni sedang berada di Kawasan Parlimen Rompin dan kebetulan pulak dia orang berada dikawasan yang tiada Liputan Talifon dan Internet, akibat dari Parlimen Rompin tu Terlampau MAJU dibawah Ahli Parlimen Umno/Bn sebelum ini. Mungkin juga dia orang sedang Menerangkan Kebaikan GST kepada Orang Asli akibat dari Keputusan PRK Rompin baru-baru ini... kah kah kah !.

Tetapi yang Pelik Bin Ajaib nya lagi ialah usahkan Ulama'-Ulama' Upahan diatas saja yang Hilang tetapi Ulama' yang MENGUPAH pun turut sama GHAIB entah kemana beb, itu yang namanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir. Tak kan Jamil Khir pun sekarang ni tak ada di Planet Bumi, Planet mana pulak lu Berdakwah Jamil oiiii... kah kah kah !.

Bila ada yang Mengkritik Ulama' akan dikatakan lah sebagai Tidak Menghormati Ulama' sebagai Perwaris Nabi, memang betul Ulama' adalah Perwaris Nabi tetapi jangan pulak lu orang lupa bahawa Ulama' Su' (Ulama' Jahat) juga adalah dipanggil Ulama' beb. Jika sudah menjadi Kewajipan kepada gua dan lu orang Menyayangi Ulama' Pewaris Nabi, apa pulak Tindakan kepada Ulama'-Ulama' Su' ?. sumber


hemmmmm..... ini lah akibat dari orang melayu dan orang islam memilih umno sebagai pemerintah... sedangkan sejarah telah membagi tahu bahawa umno sejak dari sebelum merdeka lagi sudah mengkhianati orang melayu dan orang islam... kah kah kah !.

Awas Musim Myvi Mengganas!! (Gambar)

Tranungkite
Jalanraya dan lebuhraya tidak pernah didaftar dan digazetkan bagi digunakan untuk perlumbaan. Nak berlumba sangat pergi ke litar Sepang, litar Shah Alam dan lain2 litar. Kalau ada banyak duit untuk beli Myvi, modified kereta, tambah aksesori sana sini, tukar sport rim, takkan nak bayar yuran litar pun tak mampu? - Komen pemberi gambar

Entahlah nasib Jalanraya di Malaysia!

Pecat Azeez demi nama baik TH - Kadir Jasin


Bekas Ketua Pengarang News Straits Time Press (NSTP) Datuk Abdul Kadir Jasin mecabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak melucutkan jawatan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) yang dipegang Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sekiranya beliau benar-benar tidak mahu nama TH tercemar.

Tegasnya tindakan itu harus dibuat jika Najib tidak terlibat dalam urusan pembelian tanah di di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik syarikat yang diasaskannya, 1MDB.
Selain Abdul Azeez, Kadir juga mecabar kesemua individu yang terlibat dalam urusan pembelian tanah berkenaan dilucutkan jawatan.

“Kalau Najib tidak terlibat dalam jual beli ini dan beliau tidak mahu nama Tabung Haji tercemar, kita cabar beliau melucutkan jawatan Abdul Azeez dan semua orang yang terlibat dengan pembelian tanah 1MDB itu.

“Kita mahu lihat keberanian dan keikhlisan Pahlawan Bugis itu dan kita mahu tahu kepada siapa tanah itu akan dijual serta berapa keuntungan TH akan peroleh,” katanya menerusi blognya, The Scribe A Kadir Jasin hari ini.

Dakwanya tindakan TH mengumumkan akan menjual tanah yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu adalah kesan daripada kerja-kerja pembelian yang dibuat secara ‘curi-curi’ tanpa pengetahuan umum.

Abdul Azeez memutuskan pendirian berkenaan selepas mengambil kira nasihat yang diberikan oleh Najib serta demi menghormati sensitiviti pendeposit.

Dakwa Kadir, pembelian tanah di TRX di ibu kota tidak akan diketahui umum sehingga kini sekiranya pendedahan mengenai urusan itu tidak dilakukan.

“Inilah akibat “nawaitu” yang tidak baik dan buat kerja curi-curi. Abdul Azeez hari ini mengumumkan bahawa atas “nasihat” Mohd Najib, Tabung Haji akan jual tanah yang dibeli sebulan lalu daripada 1MDB.

“Inilah kerja mengarut dan kerja tidak ikhlas. Kalau tidak didedahkan dan dibelasah oleh orang ramai, pasti semua beres,” ujarnya.

Terdahulu Abdui Aziz dalam sidang media pagi tadi memberitahu keputusan menjual tanah di TRX diambil selepas mendapat nasihat daripada Najib melalui panggilan telefon awal pagi tadi.

Katanya pendirian itu tetap diambil meskipun kesemua Ahli Lembaga Pengarah TH tidak bersetuju untuk menjualnya ketika perbincangan dalam mesyuarat sesama mereka semalam.

Menurutnya perdana menteri “menasihati” supaya menjual tanah terbabit supaya nama baik TH tidak tercemar.