"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penjara 18 bulan: Rafizi didapati bersalah langgar OSA

MALAYSIA DATELINE
"Saya tidak rasa sedih, terkejut, bimbang, marah atau apa-apa. Ini perkara biasa. Kata pepatah alah bisategal biasa," ujar Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam twitternya sejurus keputusan dibuat oleh mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah seperti dilapor Malaysiakini har ini.

Hijrah ke Amanah demi perjuangan, bukan kerana kecewa

KHAULAH MUHAMMAD
Norazam Abd Aziz
Penghijrahan bertali arus ahli Pas menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu kesedaran untuk meneruskan perjuangan Islam, bukan akibat kecewa seperti yang cuba diputar belit oleh golongan tertentu.

"Saya telah berjuang dengan segala upaya ketika bersama parti lama saya dulu semata-mata untuk melihat Islam tertegak, namun terpaksa memikirkan semula untuk menyertai satu pasti yang jelas mempunyai pendirian yang tidak berbolak-balik berhadapan pihak zalim yang menolak hukum Allah," kata bekas timbalan pengelola Halaqat Negeri Kelantan, Ustazah Norazam Abd Aziz.

Beliau berkata demikian di majlis bicara santai sempena program kutipan dana pilihan raya Angkatan Wanita Amanah (Awan) Negeri Kelantan di Wisma Tok Guru,
Salor semalam.

Menurutnya begitu ramai petugas-petugas parti lama berkorban segala aspek kehidupan masing-masing semata-mata untuk melihat Islam bangkit menghadapi penzalim dan hukum-hukum Allah dapat dilaksanakan.

"Saya masih teringat-ingat pesanan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengingatkan petugas-petugas Islam supaya tidak sekali-kali cenderung hati dan berminat dengan penguasa zalim yang cuba menggunakan tawaran harta benda dan pelbagai ugutan supaya menyebelahi mereka.

"Malangnya sekarang terdapat mereka yang bergelar pemimpin Islam bermain kayu tiga dengan pihak berkuasa yang mengendalikan negara dengan penuh penyelewengan dan kezaliman," katanya.

Ustazah Norazam yang bergiat aktif lebih 25 tahun bersama Pas menyeru umat Islam di negara ini supaya memikirkan semula orientasi perjuangan Islam supaya lebih serasi dengan kaedah-kaedah yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah saw.

"Kita mesti mengutamakan keikhlasan dalam perjuangan dengan mementingkan persahabatan dan persaudaraan dan bukannya mencari kepentingan diri dengan mengada-ngadakan fitnah terhadap rakan-rakan sendiri.

"Para pejuang Islam tidak mengukur kejayaannya dengan ganjaran-ganjaran yang diperolehi di dunia ini, tetapi yakin balasan Allah di akhirat mengatasi segala-galanya," katanya.

Majlis jamuan laksa diadakan sempena program yang turut dihadiri naib pengerusi Amanah negeri Kelantan Ustaz Che Ibrahim Mohamad, ahli-ahli jawatankuasa amanah negeri dan tetamu-tetamu kehormat.

Majlis diserikan dengan demonstrasi masakan nasi Pakistan serta kek coklat moist oleh isteri Datuk Husam Musa, Datin Ruhana Abd Rahman.

Pengunjung turut diraikan dengan hadiah istimewa bagi mereka yang berjaya menjawab soalan-soalan kuiz.

Bayi maut jatuh eskalator 30 kaki


China – Seorang bayi meninggal dunia pagi tadi selepas terjatuh dari ketinggian 30 kaki dari sebuah eskalator, semalam.

Menurut laporan Dailymail, bayi berusia empat bulan tersebut didukung oleh neneknya di pusat membeli-belah Wu Yue sebelum kejadian.

Rakaman CCTV menunjukkan warga emas berkenaan hilang imbangan badan dan bertindak melepaskan dukungan yang menyebabkan bayi berkenaan terjatuh melalui bahagian tepi eskalator.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital namun meninggal dunia pagi tadi.
-kualalumpurpost