ARIF ATAN
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berpendapat masalah penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan Pakatan Harapan (PH) berlaku kerana wujudnya ramai pegawai berkaitan yang tegar menyokong Umno-BN.
Menurutnya, masalah tersebut bagaimanapun akan dapat ditangani dari semasa ke semasa sejurus melangkah ke tahun kedua pentadbiran PH.
“Kita kena faham jentera penerangan ini memang dipenuhi pegawai-pegawai yang tegar Umno-BN.
“Jadi bila kita ambil alih (kerajaan), bukan seperti ambil alih kereta atau lori, ikut saja apa kita cakap, jentera yang ada ini adalah manusia.
“Mereka sudah ada pemikiran bila sudah 60 tahun diisi dengan pemikiran Umno-BN, rasuah ‘ok’ dan sebagainya.
“Hal-hal inilah kita tangani sekarang ini. Saya faham tahun pertama, memang sukar untuk menguasai. Masuk tahun kedua ini, ia semakin pulih dan semakin pulih,” jelasnya.
Beliau berkata demikian baru-baru ini dalam slot Bicara YB Khalid Abdul Samad (Siri 34) semalam di Jom Channel bertajuk, “Islam Terbela di Bawah PH” dengan perantara Ashraf Wahab.
Sehubungan itu, Khalid menyeru agar semua pihak mengambil sikap bertenang dengan berusaha untuk menjadikan negara berbilang kaum dan agama ini boleh hidup aman bukannya tiada toleransi dan bermusuhan.
“Sama ada provokasi itu datang dari orang Islam atau bukan Islam kita kena cool. Yang penting kita kena cool.
“Jangan kita bertindak mengikut maklumat yang terpesong dan menyeleweng. Ini adalah ujian kematangan rakyat Malaysia itu sendiri.
“Kalau ada orang yang membawa isu perkauman, kita tenangkan. Jangan kita simbah minyak lagi,” tegasnya.
Menteri Wilayah itu mengingatkan rakyat perlu fokus untuk mencapai perpaduan dalam keadaan aman dan suasana persahabatan.
“Kita kena tahu dan kita kena setuju apa yang kita mahu capai. Islam ajar bukannya tukang adu domba atau tambah minyak dan cili lagi.
“Itu bukan satu perkara yang wajar untuk kita lakukan. Kalau kita bertanggungjawab, kita ‘cool’ kan mereka,” tambahnya lagi merujuk kepada isu pendakwah Dr Zakir Naik.
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
‘Sindrom serigala’ (Gambar) hantui 16 orang selepas ambil ubat sakit perut
16 kanak-kanak mengalami “sindrom serigala” selepas mengambil ubat-ubatan yang tercemar di Sepanyol.
Kanak-kanak tersebut mengalami hipertrikosis, iaitu ditumbuhi bulu di badan mereka selepas mengambil ubat berkaitan dengan masalah perut.
Bagaimanapun syarikat yang mengeluarkan ubat-ubat tersebut di Malaga telah digantung lesennya.
Turut terjejas termasuk enam bayi apabila ubatan itu digunakan sebagai merawat masalah asid dalam perut bayi serta pencernaan.
Ibu bapa yang menggunakan ubat terbabit telah dinasihatkan untuk mendapat rawatan segera.
Difahamkan syarikat farmaseutikal itu mempunyai pengedar di India.
Bagaimanapun pihak berkuasa Sepanyol berkata, kanak-kanak atau dewasa yang mengalami “sindrom serigala” ini supaya tidak terlalu bimbang kerana ia akan hilang sebaik sahaja berhenti mengambil kapsul “omeprazole” ini.
Sumber: dailymail.co.uk
Sultan Nazrin tegur pemimpin sanggup rendahkan nilai diri demi pengaruh dan sokongan
BERNAMA
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan segelintir pihak termasuk pemimpin yang bersaing mempamerkan ego masing-masing sehingga sanggup merendahkan nilai diri demi mencari pengaruh dan mendapatkan sokongan politik.
Baginda bertitah suhu politik di dalam negara pasca Pilihan Raya Umum ke-14 semakin hari semakin dipanaskan dan dilakukan oleh pemimpin politik sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang.
“Sifat-sifat kaduk menaiki junjung dan sifat-sifat memilih lebih mahu berputih tulang setelah berputih mata oleh sebahagian pemimpin politik telah meningkatkan suhu permusuhan dalam kalangan rakyat.
“Perbuatan mengata dulang paku serpih melalui persaingan melukis wajah lebih hodoh lawan politik, semakin menambahkan mendung di langit negara,” titah baginda pada sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak 1441H/2019 di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Dikenali sebagai raja yang sering ‘menjentik’ pemimpin jika ada yang tidak kena Sultan Nazrin bertitah, setelah 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, suara menyemai kebencian antara kaum dan agama semakin diucapkan.
Titah baginda pelbagai provokasi secara keterlaluan dilakukan antaranya meletak patung dan melemparkan daging khinzir di dalam masjid, meletak kepala lembu di kuil Hindu, menyebarkan bahan diayah, fitnah dan penghinaan melalui media sosial termasuk penghinaan terhadap agama Islam serta Nabi Muhammad.
“Setiap ungkapan dan setiap perbuatan sedemikian, sebenarnya merupakan pemasangan satu bom jangka yang menantikan masa untuk meletup.
“Sedarilah! Serpihan daripada letupan bom jangka ini tidak mengenal mangsa, malah anak cucu serta kaum kerabat pemasang bom jangka, turut terdedah kepada akibat daripada perbuatan-perbuatan berfikiran singkat,” titah Sultan Nazrin.
Titah baginda kebenaran fakta dan kesahihan berita kini tidak dipentingkan, sebaliknya emosi semakin mempengaruhi diri termasuk dalam kalangan terpelajar sehingga minda rakyat semakin diracuni dan menjadi terlalu taasub serta berfikiran tertutup.
Selain itu, Sultan Nazrin bertitah setiap insiden daripada kejadian jenayah di jalan raya kepada tindakan disiplin seorang guru di sekolah atau majikan di pejabat, warna baju pemimpin, kesilapan mengibarkan bendera, perubahan kurikulum pengajian dilihat dan ditafsirkan secara negatif, menurut dimensi kaum dan agama
“Keadaan ini amat tidak sihat, meletakkan negara berada dalam zon bahaya yang mencemaskan. Majoriti rakyat di negara ini cintakan keamanan. Mereka semakin resah, semakin gelisah, bimbang dan takut,” titah Sultan Perak.
Baginda bertitah suhu panas itu wajib segera diturunkan dan perbuatan menyalakan api perkauman, meniupkan bara permusuhan antara agama wajib dihentikan tanpa berlengah.
Titah baginda undang-undang wajib didaulatkan supaya keselamatan nyawa dan harta benda rakyat yang tidak berdosa terjamin serta dilindungi.
Mengakhiri titah, Sultan Nazrin turut memanjatkan doa agar Malaysia diamanahkan dengan pimpinan yang amanah, ikhlas, membawa suara kesederhanaan, suara munasabah, suara rasional dan suara persaudaraan agar rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini hidup rukun serta harmoni.
—BERNAMA

Langgan:
Catatan (Atom)