"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jika Melayu tidak ‘reform’ sukar untuk Melayu PH menang PRN mahupun PRU

MOHD ALI HASHIM

Sekiranya Melayu tidak ‘reform’ maka apa yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH), itu semua akan didakwa dari DAP dan adalah sukar bagi Melayu PH untuk menang sama ada dalam pilihan raya negeri (PRN) maupun Pilihan Raya Umum (PRU).

Oleh kerana itu, kata Pengarah Komunikasi AMANAH Negeri Pulau Pinang, Dr Zaidi Zakaria terdapat dua perkara yang relevan dan signifikan bagi PH iaitu anti Cina atau DAP dijadikan faktor penyatuan Melayu-Islam oleh Umno, Bersatu dan Pas.

Manakala itu kata beliau, orang Melayu-Islam pula melihat PH tidak menjuarai atau ‘championing’ hak-hak dan kepentingan Melayu.

“PH perlu mengkaji dengan teliti menjuarai ataupun ‘championing’ hak-hak mahupun kepentingan orang Melayu.

” Sebetulnya, sekiranya MCA ataupun Gerakan bercakap hal sensitif bab Melayu dan Islam kini, ianya kurang diambil peduli, sebaliknya jika perkara yang sama diperkatakan oleh Dap, ianya akan diperbesarkan bagai hendak runtuh gunung.

” Dalam konteks umum, akademik ataupun sudut syariah banyak perkara menyentuh bab Islam dan Melayu, pendekatan yang diambil oleh PH adalah betul, walau bagaimana pun ianya mudah untuk dimenangi oleh Umno, Pas dan Bersatu,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sejajar dengan itu tegas beliau, semua tindakan yang dilakukan mengaitkan Cina dan DAP, ia akan diputarbelitkan oleh Umno, Pas mahupun Bersatu.

Adly Zahari, bayangan pemimpin masa depan PH

IPOH MALI

Dalam ramai ramai pemimpin PH, hanya Adly Zahari berjaya mempertahankan kerusinya.. Hatta Idris Haron mantan pemimpin Umno dan KM Melaka tewas di Asahan.. sedangkan data aku lihat.. PN dengan bantuan Pas berjaya membawa lari undi kepada calon Pas hampir 4 ribu undi.. dalam PRU 14 Pas hanya peroleh 2 ribu undi…

Adly Zahari berjaya pertahankan kerusi tersebut dalam keadaan ramai pengundi luar tidak pulang dan peratusan mengundi yang rendah.. Jika tidak mungkin lebih selesa..Mungkin benar mengikut kajian Ilham Centre, Adly Zahary antara KM pilihan rakyat Melaka.. cuma keadaan tidak menyebelahi PH..

Manakala Sahabat Adly Zahari dalam AMANAH, Sofi Wahab hanya kalah tak lebih 500 Undi dengan calon BN di Durian Tunnggal.. dapat bersaing dengan baik biarpun calon PN/Pas berjaya membawa lari 2 ribu undi..Pada PRU 14, Pas hanya peroleh seribu undi.. Jika peratusan keluar mengundi tinggi.. Mungkin keputusan berbeza di banyak kawasan..

Ketika ramai pemimpin DAP tak dapat mempertahankan kerusi, begitu juga Shamsul Iskandar pemimpin tertinggi PKR..,Hatta Mantan KM Idris Haron menandakan Adly Zahari berjaya memikat hati rakyat Melaka.. Cuma masa dan ketika PRN ini dilaksanakan di waktu pandemik, ianya tak menyebelahi Adly Zahari…

Atas ketokohan Adly Zahari ini adalah wajar AMANAH mengstruktur kembali organisasi partinya.. buat lah perubahan dengan meletakkan wajah dan muka baru menerajui parti AMANAH.. InsyaAllah kita akan dapat menawan semula Melaka dan Malaysia.. 🙂

Analisis Ringkas PRN Melaka

Malaysiakini

SPR berkata kadar keluar mengundi untuk pilihan raya Melaka sebanyak 65.85 peratus.

Ini lebih rendah daripada 66.61 peratus pengundi yang mengundi pada pilihan raya Sabah tahun lepas.

Pakatan Harapan menyalahkan peratusan keluar mengundi yang rendah antara sebab prestasi buruk gabungan itu pada PRN Melaka kali ini.

PN harap BN tunai janji dalam manifesto PRN

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan besar mereka dan berharap kerajaan baru akan memenuhi semua janji yang dibuat dalam manifesto PRN Melaka.

Kata Muhyiddin, prestasi PN dalam pilihan raya ini menunjukkan gabungan yang dibentuk itu cukup hebat, namun masih belum meraih jumlah undi mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Ramai calon PN telah mendapat undi yang signifikan terbukti menjadi pencabar besar kepada parti lain, katanya.

Menurutnya lagi, kajian akan dijalankan untuk menentukan langkah PN seterusnya dalam pilihan raya umum akan datang. 

Peniup semangat BN, harapan buat PN

Limpahan kejutan daripada kemenangan besar BN hari ini mungkin akan sampai ke Putrajaya dan memberi semangat kepada gabungan itu - serta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob - ketika mereka membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketika ini BN sudah membuktikan bahawa sekurang-kurangnya di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, Muafakat Nasional yang dijalin dengan dengan PAS adalah tidak relevan.

Pada masa sama, walaupun di atas kertas PRN ini kelihatan suatu tamparan hebat kepada Perikatan Nasional (PN), ia sebenarnya berjaya menembusi beberapa kerusi.

Pada masa sama PN mencatat kemenangan yang tidak dijangka di Bemban dan Sungai Udang yang suatu ketika dulu merupakan kubu kuat Umno.

Beberapa calon PN yang lebih popular - termasuk calon ketua menterinya Mas Ermieyati Samsudin - turut mencapai keputusan yang wajar dihormati.

Pilihan raya ini telah membolehkan PN meneliti ketahanan BN untuk mengesan kelemahan mereka, dan seperti dalam kes Bemban dan Sungai Udang, mereka memenanginya.

Zahid: Kerajaan BN akan perkenal enakmen antilompat parti

Dengan kemenangan besar BN, pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan komitmen untuk memperkenalkan enakmen antilompat parti

Zahid berkata ia merupakan salah satu daripada beberapa perkara yang akan dibawa dalam sidang pertama DUN bagi mewujudkan kestabilan politik.

"(Pertama) memperkenalkan enakmen antilompat parti dan pinda undang-undang berkaitan untuk tangani isu lompat dalam kalangan Adun," katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama BN sebentar tadi.

Dia juga berkata, mereka juga akan mengusulkan kerjasama antara wakil rakyat bagi membolehkan sidang DUN kekal sekurang-kurangnya selama empat tahun daripada tarikh sidang pertama.

Zahid menyifatkan kemenangan BN sebagai membawa erti yang beasr.

"Ianya memperlihatkan perubahan sikap rakyat khususnya pengundi Melaka yang kembali menyokong semula BN.

"Para pengundi dan rakyat Melaka telah beri mandat semula kepada BN untuk bentuk kerajaan negeri," katanya lagi.

Saifuddin puji pencapaian PN

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyuarakan rasa kagum dengan pencapaian PN dalam PRN kali ini.

Dia berkata, PN menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebagai gabungan yang baru dan pertama kali bertanding di semenanjung Malaysia.

"Prestasi mereka agak menarik...prestasi mereka tidak terlalu mengecewakan dengan jumlah undi yang agak signifikan khususnya di kawasan Melayu," katanya kepada pemberita.

Misalnya di Tanjung Bidara yang merupakan kubu kuat BM. Calon PN Mas Ermieyati Samsudin hanya tewas dengan perbezaan 364 undi.

PN juga menang di Sungai Udang yang juga kubu kuat BN, serta merampas Bemban daripada PH.

Ditanya berkenaan kemungkinan PKR tewas di Machap Jaya kerana tidak mencalonkan penyandangnya Ginie Lim, Saifuddin berkata ia merupakan salah satu daripada beberapa faktor.

PKR yang meletakkan 11 calon tewas di semua kerusi.

PKR, PAS dan Gerakan kecundang

PKR yang dipimpin Anwar Ibrahim yang meletakkan 11 calon dalam PRN kali ini gagal menang walau satu kerusi. Anwar juga merupakan pengerusi PH.

PKR hampir menang di Paya Rumput. Bagaimanapun calonnya, Shamsul Iskandar Md Akin tewas di tangan calon BN, Rais Yasin.

Pada PRU 2018, PKR menang tiga kerusi DUN.

Sementara itu, dua komponen PN iaitu PAS dan Gerakan, yang mengambil keputusan untuk bersama-sama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin berbanding BN, juga pulang dengan tangan kosong.

PAS bertanding di lapan kerusi manakala Gerakan di lima kerusi.