"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembak di kepala

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pegawai polis ditemukan mati dengan kesan tembakan di kepala di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Rembau, petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung pegawai yang ditemukan dalam keadaan berlumuran darah, kira-kira 6.30 petang.

Katanya, mayat telah dihantar ke ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzaffir turut meminta orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan polis dan menghormati keluarga si mati.

Doa 'ambil nyawa' Hadi: Anwar mahu Zaki minta maaf segera

Malaysiakini

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan salah seorang pengguna media sosial yang dianggap dekat dengan PKR agar segera memohon maaf kerana bersikap biadab ke atas Abdul Hadi Awang.

Kata Anwar individu terbabit perlu memohon maaf segera atas keterlanjurannya kepada presiden PAS berkenaan.

“Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera,” tegas Anwar dalam ciapannya di Twitter.

Terdahulu, pengguna Twitter berkenaan menciap sesuatu yang dianggap melampau.

Ia berikutan laporan mengenai keadaan kesihatan Abdul Hadi yang dikatakan merosot dan sedang diberikan rawatan oleh pihak hospital.

Selain Abdul Hadi, Zaki juga mengaitkan doanya itu dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

“Doa: Ya Allah! Ambillah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukannya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu. P/S: Ambil sekali Mahathir," ciapnya.

Keadaan kesihatan bekas duta khas bertaraf menteri itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya Muhammad Khalil Abdul Hadi, menerusi catatan di Facebook pagi semalam.

Menurut Muhammad Khalil, Abdul Hadi telah berada dalam keadaan uzur ketika majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Terengganu pada 27 Jun lalu.

Bagaimanapun katanya Abdul Hadi tetap menggagahkan diri untuk hadir program berkenaan.

Sepatutnya doakan hidayah

Sementara itu, Bernama melaporkan Muhammad Khalil ketika dihubungi mengesahkan berada dalam keadaan stabil.

Kali terakhir Abdul Hadi dilaporkan dimasukkan ke hospital ialah pada Feb tahun lalu apabila dia mengalami sesak nafas, sebelum dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut.

Senada dengan Anwar, Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali pula meminta pengguna Twitter terbabit agar segera bertaubat.

“Sesiapa yang mendoakan kematian seseorang yang sedang sakit kerana berbeza parti politik perlu bertaubat memohon ampun kepada Allah SWT dan juga perlu meminta maaf kepada empunya diri dan ahli keluarganya.

“Politik kepartian tidak mewajarkan terputusnya persaudaraan Islam yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk dipelihara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Khairuddin adalah tidak wajar untuk seseorang mendoakan keburukan dan kematian orang lain hanya kerana perbezaan politik kepartian.

“Janganlah mendoakan keburukan ke atas seseorang yang berbeza pendirian dalam persaingan politik kepartian. Apatah lagi mendoakan kematian seseorang yang sedang sakit.

“Sekiranya kita berbeza pendirian politik kepartian sekalipun, doakan hidayah dan kebaikan untuk dirinya dunia dan akhirat,” katanya.

Warga AS bawa kelopak peluru kosong dibebas dengan jaminan - polis

Isabelle Leong

Bekas anggota komando Navy Seal, suatu pasukan elit Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), Ryan Bates yang ditahan semalam kerana membawa kelopak peluru kosong di dalam bagasinya, telah dibebaskan dengan ikat jamin, maklum Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Hussein berkata Bates yang membawa tiga kelopak senjata api yang tidak dimuatkan itu, tidak dibenarkan meninggalkan negara ini sehingga siasatan selesai.

"(Kes) disiasat bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api. Suspek diberi jamin tetapi tidak dibenarkan keluar negara sementara siasatan diengkapkan dan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

"Seperti dilaporkan dia masuk untuk tujuan penggambaran dengan kerjasama ATM. Guna kemudahan di kem tentera.

Pengambaran siri Netflix

"Ditahan pada 30 Jun sewaktu di KLIA untuk balik ke US selepas selesai urusan penggambaran," katanya kepada Malaysiakini.

Terdahulu, Malay Mail melaporkan isteri Bates, Dianna telah menyiarkan kisah Instagram, merayu bantuan daripada Kedutaan AS di Malaysia selepas bekas itu dilarang meninggalkan Malaysia untuk pulang ke Las Vegas.

“Suami saya @frogman5326_ kini ditahan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur oleh polis Malaysia. Untuk membebaskannya, saya memerlukan bantuan seseorang di Kedutaan AS secepat mungkin!

"Dia (Bates) mempunyai kelopak peluru di dalam begnya daripada penggambaran rancangan televisyen tentera," katanya dipetik portal itu.

Menurut laporan itu, Bates, 43, dikatakan membawa kelopak peluru kosong berkenaan untuk penggambaran siri Netflix bertajuk "The World’s Toughest Forces" di Malaysia

Dia juga telah menyiarkan beberapa siri video yang menunjukkan penahanan awalnya di Instagram.

Bates dipetik Malay Mail berkata "keadaan tidak kelihatan baik", sambil menambah pihak berkuasa sedang mempertimbangkan apa yang dibawanya di dalam bagasinya dan "apa yang perlu dilakukan terhadap saya."

"Jika anda tidak mendengar khabar daripada saya dalam masa beberapa hari, (maksudnya) saya akan terperangkap di dalam keadaan yang sukar di tempat yang bodoh," dia dilaporkan berkata pada salah satu videonya.

Tiada permit bawa kelopak peluru

Sementara itu, Hussein berkata Bates memasuki negara ini untuk tujuan penggambaran, dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia dan menggunakan kemudahan kem tentera.

Bagaimanapun, katanya Bates tidak mempunyai permit untuk membawa kelopak peluru kosong di dalam dan ke luar negara.

"Kami sudah periksa dengan ATM, ada beri kebenaran untuk penggambaran untuk guna fasiliti.

"Permut untuk bawa masuk dan bawa keluar (kelopak peluru) ini, semua bawah bidang kuasa polis.

"Tak ada rekod (Bates mohon kebenaran daripada pihak polis). Dia tak ada ikut prosedur kita," jelasnya.

Sementara itu, Kedutaan AS di Kuala Lumpur memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai penahanan Bates.

"Apabila seorang warga AS ditahan di luar negara, Jabatan Negara berusaha untuk memberikan semua bantuan konsular yang sesuai," katanya.

Bagaimanapun, ia enggan mengulas lanjut kerana pertimbangan privasi.