"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peralat isteri seludup unggas

Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
ANTARA burung liar spesies dilindungi yang dirampas Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan.
ANTARA burung liar spesies dilindungi yang dirampas Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan.
Kuala Lumpur: Sumbat burung liar ke dalam paip polyvinyl klorida (PVC) sebelum unggas berkenaan di seludup ke luar negara.

Itu antara taktik digunakan seorang lelaki tempatan yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan hidupan liar membabitkan penghantaran ke Thailand, Indonesia dan Singapura.

Difahamkan suspek menggunakan isterinya bagi menjalankan tugas khas menyeludup unggas liar termasuk menggunakan khidmat feri ke negara jiran.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sindiket itu dibongkar susulan operasi penguatkuasaan dilakukan Unit Wildlife Crime Unit (WCU) Perhilitan diketuai pegawainya, Celescoriano Razond di premis kediaman di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor, Selasa lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di premis kediaman berkenaan menemui beberapa spesies hidupan liar dilindungi dan dilindungi sepenuhnya mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Pindaan) 2022 (Akta A1646).

"Seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an ditahan berikutan gagal mengemukakan sebarang dokumen, lesen atau permit yang membolehkan beliau menyimpan kesemua hidupan liar berkenaan.

"Antara spesies unggas liar dirampas adalah 34 ekor burung Kelicap Kunyit (Zosterops palpebrosus), seekor Burung Moluccan Cockatoo (Cacatua moluccensis), seekor burung Yellow-crested Cockatoo (Cacatua sulphurea) dan seekor burung Merbah Jambul Hitam (Pycnonotus melanicterus)," katanya.

Menurutnya, turut ditemui 11 batang slilinder PVC disyaki digunakan sebagai kurungan burung yang mahu diseludup.

JAKIM diarah jumpa GISB Holdings tak berkompromi soal akidah

Harapandaily

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan akidah umat Islam kerana ia perkara asas yang seharusnya dipelihara setiap masa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kegiatan diragui dan boleh memesong akidah umat Islam perlu melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Orang ramai boleh membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

“Penyaluran maklumat kepada pihak berkaitan penting sebagai asas dan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam negeri-negeri dalam melakukan siasatan kepada isu yang dikaitkan dengan pihak terbabit,” katanya hari ini.

Menerusi satu kenyataan pada akaun Facebook miliknya, beliau berkata demikian mengulas mengenai arahan pertemuan JAKIM bersama pihak wakil syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Semalam, Mohd Na’im mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat GISB susulan pelbagai dakwaan terpalit dengan syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa yang antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

Kereta ‘penyet’ dihempap treler

KOSMO
Kereta yang ‘penyet’ akibat dihempap lori kontena manakala pemandunya terbunuh. - Plox
BRASILIA – Sebuah kereta di Brazil remuk teruk sehingga rata selepas dihempap sebuah treler, lapor saluran berita Must Share News semalam. 

Nahas berlaku pada 3 September lalu dan mengorbankan pemandu kereta terbabit. 

Mangsa dikenali sebagai Ítalo da Silva Prado berusia 32 tahun. Dia dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan treler itu terbalik selepas pemandunya cuba mengambil selekoh tajam sambil  memandu di laluan bertentangan.

Lori itu kemudian menghempap sebuah kereta yang bergerak bersebelahan dengannya. 

Pemandu lori terbabit melarikan diri tanpa memberi bantuan kepada mangsa. 

Pihak berkuasa masih belum mengesan suspek, manakala kes itu masih dalam siasatan. – AGENSI