"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Vietnam tular buat kecoh, tarik budak 11 bulan

KOSMO!
Suspek ditahan polis selepas membuat kecoh menarik seorang budak berusia 11 bulan di sebuah pasar raya di Butterworth, hari ini.
SEBERANG PERAI – Polis menahan seorang suspek lelaki warga Vietnam yang tular membuat kecoh di sebuah pasar raya di Butterworth di sini, hari ini dengan cuba menarik seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dari dukungan ibunya sambil memegang sebilah pisau.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, suspek turut bertindak agresif ketika dikepung orang awam termasuk kakitangan premis berkenaan.

Difahamkan, kejadian dipercayai bermula apabila penyelia premis sebelum itu melihat lelaki terbabit yang mahu melarikan diri dengan membawa beberapa makanan laut yang belum dibayar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, suspek sebelum itu berjaya meloloskan diri selepas dia ditahan orang awam.

“Penyelia kemudiannya berusaha sekali lagi menangkap suspek sebelum dia (suspek) bertindak menarik seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 bulan sambil memegang sebilah pisau.

“Berlaku pergelutan antara suspek dan mengsa serta beberapa orang awam di lokasi kejadian.

“Suspek akhirnya dapat ditangkap dengan bantuan beberapa pekerja lain yang kemudiannya bertindak menghubungi polis untuk tindakan susulan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 324 dan 506 kanun sama.

Difahamkan, suspek akan dibawa ke Mahkamah Butterworth pagi esok untuk mendapatkan permohonan reman.

Terdahulu tular beberapa video dan foto di media sosial yang memaparkan kejadian yang berlaku sehingga ia mendapat kecaman daripada pengguna media sosial. -KOSMO! ONLINE

Rakam video hubungan intim, peras ugut puluhan wanita Thailand akhirnya rakyat Malaysia ini ditangkap

KOSMO!
SUSPEK (dua dari kiri) ditangkap di sebuah kondominium. - Foto The Pattaya News
BANGKOK – Seorang lelaki warga Malaysia didakwa merakam video wanita Thailand dan melakukan pemerasan bagi mendapatkan wang di Pattaya, lapor portal berita Thaiger hari ini.  

Perbuatan yang dilakukan secara rahsia itu akhirnya terbongkar apabila  anggota polis dan imigresen menyerbu sebuah kondominium pada pukul l2.30 pagi (waktu tempatan) semalam.

Serbuan dilakukan selepas mereka menerima aduan daripada seorang wanita yang mendakwa diperdaya melalui aplikasi WeChat oleh suspek yang berusia 24 tahun.

Suspek menyamar sebagai kenalan mesra wanita tersebut.

Wanita itu mendakwa dia dijemput ke bilik suspek di mana terdapat kamera tersembunyi yang merakamkan pertemuan intim mereka. 

Suspek kemudian mengugut akan memuat naik video tersebut ke laman web pornografi sekiranya dia enggan memberi wang.

Pihak berkuasa merampas dua kamera mini tersembunyi, sebuah pemacu kilat, kad memori, pelbagai peranti elektronik dan dua telefon bimbit.

Pemeriksaan pada pemacu kilat menemui banyak video lucah yang dirakam selama beberapa tahun didakwa melibatkan berpuluh-puluh wanita Thailand.

Penyiasat percaya sesetengah mangsa membayar beberapa ratus hingga puluhan ribu baht untuk menghalang rakaman tersebut daripada didedahkan kepada umum.

Suspek mengaku menghasilkan video-video itu untuk tujuan pemerasan.

Menurut portal berita The Pattaya News, dia juga mengaku menggunakan kad kunci yang dicuri untuk memasuki sebuah kondominium di Jomtien yang dijadikan pangkalan aktivitinya.

Suspek ditahan di Balai Polis Bandar Pattaya dan siasatan sedang dilakukan sama ada rakaman tersebut telah dikongsi di platform rahsia atau laman web gelap. – AGENSI

Dua tiktoker dilanggar motor ketika merakam diri joget tepi jalan

KOSMO
Dua lelaki dilanggar sebuah motosikal semasa berjoget di tepi jalan yang sempit. - Instagram
JAKARTA – Dua lelaki mengalami nasib malang selepas dilanggar sebuah motosikal ketika merakamkan diri mereka berjoget di tepi jalan untuk dimuat naik di platform TikTok, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian di laman Instagram oleh akaun @laporan8.id menunjukkan dua lelaki terbabit melakukan tarian pelik di tepi jalan yang sempit. 

Situasi ceria bertukar terkejut apabila mereka tiba-tiba dilanggar sebuah motosikal yang dinaiki sepasang suami isteri.  

Rakaman itu mencatatkan lebih 47,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Puas hati saya tengok,” kata seorang netizen. 

“Jadi lelaki jangan berjoget,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI